Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Kualiti udara di beberapa wilayah Indonesia mencecah tahap berbahaya, dengan 354 titik panas dikesan ketika operasi memadam kebakaran hutan diteruskan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kualiti udara pada tahap sangat tidak sihat hingga berbahaya terus melanda beberapa kawasan di Kalimantan dan Sumatera, Indonesia, susulan kebakaran
00:08hutan dan tanah.
00:09Sebanyak 354 titik panas dikesan di seluruh negara itu setakat Jumat malam ketika operasi pemadaman masih giat dijalankan.
00:19Kementerian Perhutanan Indonesia memaklumkan Pemantauan Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika BMKG mendapati
00:26pencemaran udara serius masih berlaku di Kalimantan Tengah, Kalimantan Selatan, Sumatera Selatan dan Jambi.
00:33Bagaimanapun jumlah titik panas di seluruh Indonesia menurun hampir 56% daripada 799 pada Khamis kepada 354 pada Jumaat.
00:42Sumatera Selatan merekodkan jumlah tertinggi dengan 132 titik panas manakala Kalimantan Tengah mencatatkan penurunan ketara daripada 389 kepada hanya 19
00:53titik panas.
00:54Bagi menangani kebakaran, sebanyak 61 pesawat dikerah termasuk 44 bagi operasi pengembangan air dan 17 lagi untuk rondaan udara serta
01:04modifikasi cuaca.
01:05Dalam perkembangan berkaitan, media tempatan melaporkan asap kebakaran hutan turut merebak ke ruang udara Jakarta, Banten dan Jawa Barat.
01:13Dua penerbangan domestik antara Jakarta dan Ternate turut dilaporkan dibatalkan susulan jarak penglihatan terhad.
01:20Sementara itu, bacaan Indeks Standar Pencemaran Udara di Tanjung Priuk, Jakarta Utara mencatatkan 156 pada pagi Sabtu menunjukkan kualiti udara
01:29pada tahap tidak sehat.

Recommended