00:00Yang di Pertuan Agung, Sultan Ibrahim bertitah, kebebasan bersuara perlu disertai adab dan tanggungjawab tanpa menjadikan perbezaan pandangan sebagai alasan
00:10untuk bermusuhan atau menyemai kebencian.
00:13Seri Paduka Baginda mahu melihat masyarakat lebih matang dalam berkomunikasi, berani menyatakan pandangan dan tegas mempertahankan pendirian tanpa menghina atau
00:22menjatuhkan maruah orang lain.
00:25Seri Paduka Baginda menegaskan perbezaan pendapat tidak seharusnya menjadi punca permusuhan. Sebaliknya, masyarakat perlu matang dalam berkomunikasi.
00:34Perbeza pandangan bukan alasan untuk permusuhan. Kita boleh tidak bersetuju tetapi menyatakan pandangan dengan bahasa yang baik dan beradab.
00:54Jika hendak mengkritik, sampaikan secara membina. Jika hendak menegur, maka tegurlah dengan penuh berhemah.
01:06Baginda bertitah demikian seperti istiadat konvokasi Universiti Teknologi Mara URTM ke-105 di Sya'alam pada Sabtu.
01:15Dalam berita, Sultan Ibrahim turut menegur penyalahgunaan teknologi kecedasan buatan atau AI untuk menghasilkan gambar dan video palsu dengan niat
01:22menghina serta memalukan individu tertentu.
01:26Seri Paduka Baginda mengingatkan di sebalik setiap individu yang menjadi sasaran kecaman terdapat insan yang mempunyai keluarga, maruah dan perasaan.
01:33Justeru baginda menyeru rakyat supaya tidak mudah mempercayai atau menyebabkan maklumat tanpa memastikan kesahihannya bagi mengelakkan penularan fitnah dan kebencian.