Skip to playerSkip to main content
  • 18 minutes ago
Rakaman video selama 37 saat menunjukkan helikopter BO-105 yang terhempas di Long Lellang, Miri, Sarawak, bulan lalu mengeluarkan asap dengan api kelihatan berhampiran bahagian belakang kotak gear utama ketika berada di udara.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seterusnya, rakaman video selama 37 saat menunjukkan helikopter BO-105 yang terhempas di Longlelang, Miri, Sarawak bulan lalu mengeluarkan asap
00:09dengan api kelihatan berhampiran bahagian belakang kotak gear utama ketika berada di udara.
00:15Laporan awal Biro Siasatan Kemalangan Udara, AAIB Malaysia menyatakan, helikopter itu berlepas dari Selunggo menuju ke Stolport, Longlelang pada pukul
00:233.17 petang, 8 September lalu.
00:28Kedudukan terakhir yang direkodkan sistem penjejakan Spider Track menunjukkan helikopter itu berada kira-kira 3 batu nautika dari Stolport, Longlelang.
00:38Menurut laporan, rakaman video dari darat menunjukkan helikopter meneruskan penerbangan menuju ke Stolport berkenaan sebelum dilihat menghampiri landasan 4.
00:46Laporan awal itu berkata, 12 alat pemadam api jenis serbuk kering digunakan dalam usaha memadam kebakaran bangkai helikopter iaitu 5
00:55unit berkapasiti 50 kg dan 7 unit berkapasiti 9 kg.
01:01Bagaimanapun kebakaran dilapor berlarutan selama beberapa jam manakala bangkai helikopter itu ditemukan dalam keadaan terbakar sepenuhnya berhampiran ambang landasan 4.
01:10Menurut laporan itu, tiada anggota khusus menyelamat dan memadam kebakaran di Stolport berkenaan dengan tugas berkaitan diberikan kepada anggota keselamatan
01:18penerbangan AVSEC dan Rela.
01:22Selain itu, gambar yang dimuatkan dalam laporan menunjukkan anggota menghampiri bangkai helikopter yang masih terbakar tanpa kelengkapan perlindungan khusus untuk
01:31operasi pemadaman.
Comments

Recommended