00:00Baik, Jabatan Pendaftaran Negara JPN menegaskan video Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengupacarakan perkahwinan sibil pasangan bukan
00:09Islam yang tular semula di media sosial bukan kejadian baharu.
00:14Sebaliknya, sebahagian daripada pengisian majlis sambutan Jubli Intan JPN sempena Hari Pendaftaran Negara 2023.
00:23Dalam hantaran di Facebook pada Jumaat, JPN memaklumkan perkara itu sudah dijelaskan secara rasmi pada 25 Oktober 2023.
00:32Menurut JPN, tindakan mengitar semula rekaman lama tanpa menjelaskan konteks sebenar boleh menimbulkan persepsi mengelirukan dan mencetuskan salah faham dalam
00:42kalangan masyarakat.
00:43Orang ramai khususnya pengguna media sosial digesel supaya lebih bertanggungjawab dalam menyimak kesahihan, tarikh dan konteks sesuatu rekaman sebelum menyebarkannya.
00:53JPN menasihati orang ramai supaya tidak mengitar semula isu lama dengan naratif mengelirukan.
00:59Sebaliknya, menghormati fakta, merujuk penjelasan rasmi dan tidak menjadikan media sosial sebagai medan mencetuskan salah faham dalam masyarakat.
01:08Tegas JPN, perbezaan pandangan tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menyebarkan maklumat di luar konteks sehingga mencetuskan polemik yang tidak berasas.
01:18Menurut hantaran itu, JPN dipertengungjawabkan melaksanakan pendaftaran perkahwinan sivil pasangan bukan Islam berdasarkan Akta Membaharui Undang-Undang Perkahwinan dan Perceraian
01:291976 Akta 164.
01:31JPN memaklumkan penglibatan Menteri Dalam Negeri dalam pengupacaraan perkahwinan sivil berkenaan adalah sebahagian daripada pengisian majlis rasmi JPN pada 2023
01:42dan perlu dilihat dalam konteks pelaksanaan fungsi serta tanggungjawab jabatan berdasarkan peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa.
01:49Selain itu, JPN turut berkongsi pandangan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan berkaitan aspek hukum syarat yang relevan sebagai rujukan masyarakat agar
01:59perkara ini dinilai berdasarkan fakta dan penjelasan pihak berautoriti, bukannya andaian atau tafsiran yang mengelirukan.
02:06Menerusi hantaran itu, JPN turut melampirkan kenyataan media bertarikh 25 Oktober 2023 yang menjelaskan pendaftaran perkahwinan sivil dua pasangan di
02:16pejabat JPN Putrajaya tidak melibatkan ritual keagamaan atau adat sesuatu kaum.
02:22Terima kasih telah menonton!