00:00Jabatan Imigresen Sabah pada Jumaat menghantar pulang 140 pendatang tanpa izin warga Indonesia menggunakan feri komersial melalui pelabuhan Tawau ke
00:09Pelabuhan Nunukan di Kalimantan Utara.
00:11Mereka berumur antara setahun hingga 71 tahun dan terdiri daripada 96 lelaki, 30 wanita, 12 kanak-kanak lelaki serta 2
00:21kanak-kanak perempuan.
00:25Kesemuanya adalah tahanan depo imigresen Kota Kinabalu serta Tawau.
00:30Imigresen Sabah menerusi satu kenyataan memaklumkan tahanan kanak-kanak yang terlibat dalam program pemindahan ini turut bersama-sama ibu bapa
00:38atau pengiring masing-masing.
00:40Program pemindahan itu turut melibatkan penghantaran pulang 29 warga Filipina iaitu 23 lelaki, 5 wanita serta seorang kanak-kanak lelaki
00:49yang ditahan di depo imigresen Kota Kinabalu melalui lapangan terbang antarabangsa Kota Kinabalu ke Manila pada 12 Oktober lalu.
00:57Turut dihantar pulang ialah tujuh warga Cina terdiri daripada empat lelaki dan tiga wanita yang melalui lapangan terbang sama ke
01:05Guangzhou.
01:05Setakat ini, seramai 6,091 pendatang tanpa izin dihantar pulang ke negara asal masing-masing dengan warga Filipina mencatatkan jumlah
01:14tertinggi iaitu 4,003 orang.
01:17Ia diikuti 1,769 rakyat Indonesia, Pakistan 132, Cina 139, Vietnam 25 dan lain-lain warga negara 23.
01:29Kesemua pendatang asing itu selesai menjalani hukuman mengikut peruntukan undang-undang dan memiliki dokumen perjalanan sah untuk proses penghantaran pulang.
01:38Terima kasih telah menonton!