Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Pencawang Masuk Utama (PMU) Kangkar Tebrau terbakar cetus gangguan bekalan elektrik di sekitar Johor Jaya. TNB gerakkan pasukan teknikal giat laksana kerja pemulihan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Terdahulu, tenaga nasional berhad TNB sahkan satu insiden kebakaran berlaku di pencawang masuk utama PMU Kangkar, Tebrau, Johor pada petang
00:07Jumaat.
00:08Kejadian yang berlaku di pencawang berkenaan dilaporkan menyebabkan gangguan bekalan elektrik ke beberapa kawasan perumahan dan komersial di sekitar Johor
00:16Jaya.
00:17TNB dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya telah mengambil tindakan pantas dengan mengerahkan pasukan teknikal ke lokasi sejurus menerima maklumat mengenai
00:27insiden itu.
00:27Menurut TNB, pasukan di lapangan sedang menjalankan usaha penstabilan serta kerja-kerja memulihkan bekalan tenaga kepada pengguna yang terkesan.
00:37Langkah keselamatan turut diambil di sekitar premis pencawang sementara siasatan lanjut dan penilaian kerusakan teknikal dijalankan oleh pihak berkuasa berkaitan.

Recommended