00:00Perancis mengkritik perjanjian diesel yang dimeterai antara Amerika Syarikat dan Rusia dengan menyifatkannya sebagai langkah yang menimbulkan keraguan serta perpecahan.
00:09Menurut Presidennya Emmanuel Macron, keputusan yang dibuat oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump itu menghantar mesej negatif kepada rakan-rakan
00:17sekutu.
00:19Menurut beliau, Perancis akan terus berunding dengan Washington berhubung langkah-langkah yang lebih berkesan untuk mengurangkan harga diesel, petrol dan
00:28gas.
00:28Macron berkata perjanjian berkenaan tidak akan memberikan kesan yang signifikan dalam usaha menurunkan harga tenaga kepada pengguna.
00:36Beliau menambah bahawa penyelesaian jangka panjang memerlukan pendekatan yang lebih menyeluruh dan selaras dengan kepentingan keselamatan tenaga Eropah.
00:44Dalam perkembangan sama, Macron turut menegaskan sokongan berterusan Eropah terhadap Ukraine dalam menghadapi konflik dengan Rusia.
00:52Menurutnya, negara-negara Eropah tidak akan meninggalkan Kiev dan akan terus membantu memperkukuh keupayaan pertahanan Ukraine.
01:00Macron berkata keselamatan Eropah serta prinsip-prinsip antarabangsa yang menjadi asas kestabilan rantau itu kini berada dalam keadaan yang dipertaruhkan.
01:09Beliau menegaskan Eropah akan terus berusaha mengekalkan perpaduan dalam menangani cabaran keselamatan dan tenaga yang dihadapi rantau itu.