Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Dua beradik perempuan masing-masing berusia 18 dan 15 tahun maut selepas terperangkap dalam kebakaran membabitkan dua rumah berkembar dua tingkat di Kampung Koh, Sitiawan, Perak, pagi tadi.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Dua beradik perempuan masing-masing berusia 18 dan 15 tahun maut selepas terperangkap dalam kebakaran rumah berkembar dua tingkat di
00:08kampung Koh, Sitiawan, Perak pada pagi Jumaat.
00:11Pengarah Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia, JBPM Perak, Datuk Sayani Saidun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada
00:19pukul 9.01 pagi.
00:21Operasi pemadaman melibatkan pasukan bomber dan balai bomber dan penyelamat Sitiawan dan Seri Manjung dibantu pasukan bomber sukarela Pantai Remis.
00:29Menurutnya, dua rumah berkembar dua tingkat jenis kelasi itu musnah hampir 90%.
00:34Kebakaran itu turut memusnahkan empat kenderaan iaitu dua kenderaan Proton Saga, sebuah Proton Perdana dan sebuah motosikal.
00:43Operasi pemadaman berjaya dikawal pada jam 10.30 pagi.
00:47Pasukan khas K9 turut dihubungi bagi membantu siasatan sementara kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis sebelum dibawa ke Hospital
00:55Teluk Intan untuk tindakan lanjut.
00:59Terima kasih.
01:00Terima kasih.
01:00Terima kasih.
01:00Terima kasih.
01:01Terima kasih.

Recommended