00:00Malaysia disyorkan bekerjasama dengan Singapura, Filipina dan Indonesia bagi menubuhkan petugas khas kebakaran hutan dan lahan ASEAN secara tetap
00:09bagi menangani krisis jerebu rentas sempadan dengan lebih berkesan.
00:14Lim Guang Eng, PH Bagan ketika mengemukakan cadangan itu berkata petugas khas berkenaan perlu disokong pasukan penyelamat kekal sepanjang tahun
00:23yang bersedia bertindak serta-merta sebaik sahaja berlaku kebakaran hutan.
00:30Ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 Peringkat Dasar di Dewan Rakyat berkamis, Guan Eng menyatakan sekiranya kerajaan Indonesia masih
00:38enggan menerima petugas khas
00:39Kartula ASEAN atas sebab kedaulatan negara, maka kerajaan Malaysia tidak ada jalan lain kecuali bertindak dengan memulakan tuntutan ganti rugi
00:47secara perundangan.
00:48Beliau berkata krisis jerebu berpunca daripada kebakaran hutan dan lahan tanah yang semakin serius tahun ini dengan kawasan terjejas di
00:56Indonesia didakwanya mencecah 300,000 hektare
00:59iaitu 70% lebih besar berbanding 2023.
01:02Guan Eng turut mendesak kerajaan menyediakan bantuan kewangan khusus kepada rakyat terjejas akibat jerebu khususnya pekerja sektor gig dan pemandu
01:09e-hailing yang terpaksa menghentikan pekerjaan berikutan kualiti udara tidak sihat.
01:13Sementara itu, Datuk Ali Biju PN Saratok turut menggesa kerajaan meneroka mekanisme perundangan terbangsa bagi menuntut pampasan dan ganti rugi
01:22daripada pihak yang bertanggungjawab terhadap jerebu rentas sepadan
01:25termasuk syarikat peladangan komersial yang terlibat dalam aktiviti pembakaran terbuka.
01:29Beliau berkata fenomena jerebu yang berulang hampir setiap tahun bukan sahaja menjejaskan kesihatan jutaan penduduk di rantau ASEAN malah memberi
01:36kesan kepada sektor pelancongan, peniagaan, pengangkutan serta penganjuran acara sukan antarbangsa.
01:42Persidangan Dewa Rakyat akan bersambung Isnin.