Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Sekurang-kurangnya empat individu termasuk tiga kanak-kanak terbunuh dalam kejadian tembakan di sebuah sekolah rendah di Oregon.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sekurang-kurangnya empat individu termasuk tiga kanak-kanak maut dalam satu insiden tembakan di sebuah sekolah rendah di negeri Oregon,
00:07Amerika Syarikat.
00:08Menurut pihak berkuasa tempatan, kejadian berlaku di Silver Rail Elementary School di Bandar Bend, kira-kira 160km di Tenggara, Portland.
00:19Pihak berkuasa mengesahkan suspek tembakan turut maut namun belum dipastikan sama ada dia termasuk dalam jumlah empat kematian yang dilakukan
00:26setakat ini.
00:27Pengurus Komunikasi Jabatan Polis Band, Sheila Miller berkata pihak berkuasa kini menjalankan proses pemindahan dan pemeriksaan dari satu bilik ke
00:35satu bilik bagi memastikan keselamatan semua pelajar dan kaki tangan sekolah.
00:39Beliau berkata polis menerima laporan awal berhubung tembakan yang mengenai sebuah kenderaan di luar kawasan sekolah kira-kira jam 12
00:46.59 tengah hari waktu tempatan.
00:48Pihak berkuasa tiba di lokasi beberapa minit kemudian sebelum suspek dilaporkan ditembak mati.
00:54Setakat ini, pihak berkuasa masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa yang cedera serta tahap kecederaan mereka.
01:00Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat FBI turut digerakkan bagi membantu siasatan di lokasi kejadian.
01:06Insiden itu mencetuskan kebimbangan baharu mengenai keselamatan sekolah di Amerika Syarikat, susulan siri kejadian tembakan yang terus berulang di negara
01:14berkenaan.

Recommended