00:00Kebakaran hutan di Indonesia menyebabkan semakin banyak orang hutan diselamatkan selepas habitat semula jadi haiwan terancam itu musnah.
00:08Kebakaran yang melanda Borneo dan Sumatera sejak Julai lalu dijangka berterusan sehingga November diburukkan lagi oleh fenomena El Nino.
00:18Pusat Pemulihan Yayasan Inisiasi Alam Rehabilitasi Indonesia atau YARI di Kalimantan Barat kini menempatkan 90 orang hutan selepas menyelamatkan 49
00:28ekor sejak Ogos lalu.
00:30Kebakaran itu turut menyebabkan jerabu tebal yang menjejaskan beberapa kawasan di Borneo, Singapura dan semenanjung Malaysia selain meningkatkan risiko masalah
00:37penafasan.
00:38Antara kes yang menyayat hati ialah seikur orang hutan bernama Sampurna yang ditemukan tercungat-cungap di sebuah ladang kelapa sawit
00:45pada Ogos lalu.
00:47Sampurna mati pada 30 Ogos kurang daripada 12 jam selepas diselamatkan. Pemeriksaan mendapati paru-parunya mengalami kerusakan serius akibat masalah
00:56penafasan.
00:56Menurut anggaran pertubuhan bukan kerajaan NGO sekurang-kurangnya, 600,000 hektare kawasan hutan Indonesia turut terbakar selepas Julai menjadikan Kalimantan
01:05Barat antara kawasan yang paling teruk terjejas.
01:08Dalam operasi menyelamat, pasukan Yari menggunakan drone untuk mengesah orang hutan di kawasan hutan yang terbakar sebelum membawa haiwan itu
01:14ke tempat selamat.
01:16Kebakaran turut menyebabkan orang hutan kehilangan habitat dan berpindah ke kawasan ladang bagi mencari pelindungan.
01:22Walaupun beberapa orang hutan yang diselamatkan telah dilepaskan semula ke kawasan lebih selamat, Yari bimbang pusat pemulihannya tidak mampu menampung
01:29lebih banyak haiwan sekiranya kebakaran terus meribak.
01:31Terima kasih kerana menonton!