Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Suhu laut yang lebih panas akibat El Nino membawa pelbagai spesies laut tropika ke pesisir California, namun turut meningkatkan risiko hakisan pantai, ombak besar dan kesan cuaca ekstrem.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Fenomena cuaca El Nino yang luar biasa kuat tahun ini membawa pelbagai spesies hidupan laut tropika ke pesisir California, Amerika
00:07Syarikat.
00:08Fenomena semula jadi yang berlaku setiap beberapa tahun itu menyebabkan suhu air laut menjadi lebih panas dan membawa spesies tropika
00:15bergerak ke kawasan utara.
00:19Antara spesies yang dikesan termasuk ikan tuna, mahimahing, ikan todak, jerung kepala tukul, jerung paus, ikan terbang dan pari mantak.
00:27Naik Presiden Penjagaan Haiwan Aquarium of the Pacific, Nick Jaros berkata, kemunculan pelbagai spesies itu menarik perhatian nelayan, khususnya kerana
00:36peningkatan jumlah ikan yang boleh ditangkap.
00:38Sementara itu, fenomena berkenaan turut memberi manfaat kepada industri perikanan, rekreasi dan pelancongan pemerhatian ikan paus.
00:45Bagaimanapun, fenomena itu berlaku ketika California turut berdepan gelombang haba laut dan beberapa taufan di timur lautan Pasifik.
00:51Keadaan itu menyumbang kepada kenaikan paras laut serta ombak besar yang memusnahkan kediaman dan menghakis pantai di selatan California.
00:59California turut menyertiakan darurat sebagai persediaan menghadapi kemungkinan kesal lebih buruk pada musim sejuk ini.

Recommended