00:00Seorang pelajar lelaki tingkatan 4 dihadapkan ke Mahkamah Magistrat Batu Pahat pada Kamis
00:05atas pertuduhan membunuh Irene Sofia Muhammad Khairul Faisal, 16 tahun,
00:11di sebuah sekolah menengah di Yongpeng awal bulan ini.
00:14Proseding pertuduhan terhadap tertuduh dijalankan secara tertutup di hadapan Magistrat Mustakim Sukarno
00:20berikutan kes membabitkan pesalah bawah umur.
00:24Tertuduh didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Irene Sofia
00:28di Dewan Sebuah Sekolah Menengah di Yongpeng antara jam 2.30 petang hingga 4 petang pada 3 Oktober lalu.
00:35Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Kesiksaan Akta 574
00:41yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun.
00:48Pengamal media yang berada di perkarangan mahkamah sejak jam 8 pagi
00:51difahamkan tertuduh tiba ke mahkamah seawal jam 7 pagi
00:55dan dilihat beredar kira-kira jam 9.30 pagi selepas proseding selesai.
01:01Sementara itu, Peguam Mohamad Azlan yang ditemui di luar kamar mahkamah memberitahu
01:06mahkamah menetapkan 22 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes
01:11bagi mendapatkan laporan forensik dan bedah siasat.
01:14Pertuduhan terhadap sini kalau kita pertuduhkan dengan Seksyen 302 Kanun Kesiksaan.
01:21Dalam kes ini, mahkamah dah tetapkan tarikh yang akan datang untuk laporan forensik dan post-mortem
01:2822 hari bulan Disember 2026 di Mahkamah Majlisik Yongpeng.
01:33Okay, so mahkamah tadi memang dia jadangkan secara hingga kamera tertutup sebab menyebabkan penama kanak-kanak.
01:43Dan setakat ini, itulah lah cerita dia sampai next date untuk sebutan saja.
01:49Bila habis sebutan, nanti mereka akan pindahkan kes ini ke mahkamah tinggi lah.
01:52Terima kasih kerana menonton!