Skip to playerSkip to main content
Padah tumbuk pengawal keselamatan warga asing, pemandu lori didenda RM2,000

Seorang pemandu lori didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada Khamis selepas mengaku bersalah menyebabkan kecederaan terhadap seorang pengawal keselamatan warga asing, minggu lalu.

Tertuduh, Muhammad Rafiuddin Aiman Ramli, 27, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Uthman Abd Ghani.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800547/berita/semasa/padah-tumbuk-pengawal-keselamatan-asing-pemandu-lori-didenda-rm2000

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #tumbukpengawalkeselamatan

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang pemandu lori didenda RM2000 oleh Mahkamah Magistrat Air Keroh Melaka pada Kamis
00:06selepas mengaku bersalah menyebabkan kecederaan terhadap seorang pengawal keselamatan warga asing minggu lalu.
00:13Tertuduh Mohd Rafiuddin Aiman Ramli, 27 tahun, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa
00:20menggunakan tangan pada bahagian muka dan tubuh badan.
00:23Perbuatan itu dilakukan di sebuah pusat perniagaan di Bukit Beruang sekitar jam 1.50 petang pada 8 Oktober lalu.
00:31Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
00:35Berdasarkan fakta kes, kejadian berlaku ketika mangsa sedang bertugas sebagai pengawal keselamatan di lokasi berkenaan
00:42sebelum didatangi tertuduh yang memandu sebuah lori.
00:45Tertuduh meminta mangsa mengosongkan kawasan pakir dan memaksa pengadu menandatangani surat pengesahan penukaran tong sampah.
00:53Bagaimanapun, mangsa enggan menurunkan tanda tangan pada surat berkenaan sehingga mencetuskan perselisihan faham antara mereka.
01:01Tertuduh kemudian menumbuk mangsa pada bahagian muka, badan dan leher.
01:06Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM2,000 terhadap tertuduh atau penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda.
01:15Terima kasih kerana menonton!

Recommended