00:00Punca kematian seorang tahanan polis berusia 40 tahun diceras pada 1 Oktober lalu masih belum dapat dipastikan.
00:08Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato' Fadhil Marsus berkata pihaknya masih menunggu laporan penuh Jabatan Kimia,
00:13manakala Bukit Aman turut menyiasat kemungkinan berlaku salah laku atau pelanggaran prosedur operasi standar SOP.
00:21Tahanan terbabit disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1.52 pagi ketika menerima rawatan di Hospital Chancellor Tuan Kumuhris.
00:30Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan kini dalam siasatan Bukit Aman.
00:36Jadi bagilah ruang kepada pihak polis untuk melengkapkan siasatan secara terperinci, teliti dan biarlah mereka lengkapkan siasatan
00:47dari mengambil kira pelbagai angle, semua bukti-bukti yang diperlukan dan cause of death buat masa ini masih belum dimuktamadkan.
00:58Dan kita masih lagi menunggu laporan penuh daripada lab daripada Jabatan Kimia.
01:06Dalam pada itu Fadhil turut mendedahkan tahanan terbabit mempunyai 44 rekod jenayah lampau dan dikaitkan dengan 17 lagi kes jenayah
01:15menjadikan jumlah keseruhan sekitar 60 kes.
01:18Masa saya makan rekod PDRM, mendapati si mati mempunyai 44 rekod jenayah iaitu 18 rekod narkotik dan 26 rekod kesalahan
01:31jenayah.
01:35Dalam masa kita tahan itu, interrogation telah dibuat dan mendapati terdapat beberapa pengakuan dan kita kena pasti
01:42there's another additional 17 cases, 17 kes lagi yang melibatkan kes pecah rumah dan curi di kawasan ceras
01:52yang melibatkan suspek di mana ada pengakuan based from intelligence.
01:59Terdahulu kematian dalam tahanan di Ceras mencetuskan desakan pertubuhan hak asasi manusia
02:05supaya siasatan bebas dan menyeluruh dijalankan.
02:08Fadhil bagaimanapun meminta semua pihak tidak membuat spekulasi hingga siasatan selesai.
02:14Terima kasih kerana menonton!