Skip to playerSkip to main content
14 individu didakwa bunuh Muhammad Haikal

Seramai 14 individu berusia 16 hingga 24 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Gurun pada Khamis atas dakwaan membunuh seorang remaja berusia 19 tahun, minggu lalu.

Tertuduh ialah Muhammad Asyraaf Muhammad Zaidi, 20; Muhammad Azrul Rahimi Muhamad Yusri, 18; Ahmad Izzul Irfan Ridduan 21; Muhammad Rhahimy Abdul Rashid, 19; Yusman Hakimi Yusmezal, 24; dan Muhammad Zulfaqar Zulkarnain Khairol Fais, 21.

Selain itu, Muhammad Aiman Riduwan Abdullah, 21; Ahmad Aiman Danial Ahmad Wizam, 21; Muhammad Adam Haris Rosdan, 21; Muhammad Muqkriz Azizan, 21; Muhammad Adam Iqbal Mohd Wazir, 19; Syafiq Afif Syarafuddin Abd Ghapar, 23, dan dua remaja bawah umur.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800545/berita/semasa/14-individu-didakwa-bunuh-muhammad-haikal

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #MuhammadHaikal

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seramai 14 individu berusia 16 hingga 24 tahun dihadapkan ke Mahkamah Magistrat Gurun pada Kamis atas dakwaan membunuh seorang remaja
00:10berusia 19 tahun minggu lalu.
00:13Tertuduh ialah Muhammad Ashraf Muhammad Zaidi, 20 tahun, Muhammad Azrul Rahimi Muhammad Yusri, 18 tahun, Ahmad Izzul Irfan Ridwan, 21
00:25tahun, Muhammad Rahimi Abdul Rashid, 19 tahun, Yusman Hakimi Yusmezal, 24 tahun dan Muhammad Zulfakar Zulkarnain Khairul Faiz, 21 tahun.
00:38Selain itu, Muhammad Aiman Ridwan Abdullah, 21 tahun, Ahmad Aiman Daniel Ahmad Wizzam, 21 tahun, Muhammad Adam Haris Rosdan, 21
00:50tahun, Muhammad Mukriz Azizan, 21 tahun, Muhammad Adam Iqbal Muhammad Wazir, 19 tahun, Syafiq Afif Sharafuddin Abdul Gapar, 23 tahun
01:03dan dua remaja bawah umur.
01:06Kesemua tertuduh didakwa bersama-sama membunuh Muhammad Haikal Muhammad Syahril Nizam, 19 tahun, di sebuah rumah tidak bernombor di Jalan
01:16Sungai Petani Gurun antara jam 9 malam, 5 Oktober hingga 7.30 pagi, 8 Oktober lalu.
01:24Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Kesesaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Sama.
01:33Jika sabit kesalahan, kesemua tertuduh boleh dihukum mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun.
01:42Jika tidak dihukum mati, boleh dikenakan sebatan minimum 12 kali.
01:47Bagaimanpun, tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh selepas pertuduhan dibacakan memandangkan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
01:59Magistrat Anis Suraya Ahmad menetapkan sebutan semula kes pada 23 Disember depan bagi mendapatkan laporan kimia dan forensik.
02:12Jika tidak dihukum mati, tidak dihukum mati, tidak dihukum mati.

Recommended