Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Apabila rundingan diplomatik menemui jalan buntu dan perjanjian antarabangsa seperti AATHP dilihat ‘tumpul’ tanpa kuasa hukuman, rakyat sebenarnya mempunyai satu senjata simpanan yang lebih tajam, iaitu kuasa boikot.

Ketua Penyelidik Unit Undang-Undang Antarabangsa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Madya Dr. Mohd Hazmi Rusli berkata, tekanan ekonomi daripada pengguna merupakan antara jalan paling berkesan untuk menghukum syarikat korporat yang tidak bertanggungjawab dalam kegiatan pembakaran hutan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Jadi kalau untuk mengatakan undang-undang antarabangsa itu sendiri
00:03pada peringkat ini untuk mengambil tindakan kepada pelaku-pelaku
00:07yang telah membakar hutan itu
00:09saya tak rasa ia melibatkan undang-undang antarabangsa sangat.
00:12Dia lebih kepada undang-undang domestik Indonesia sendiri
00:14untuk mengenal pasti siapakah pelaku tersebut
00:18dan mengambil tindakan terhadap syarikat-syarikat konsesi
00:22yang telah membakar hutan.
00:24Kalau untuk Malaysia dan Singapura sendiri
00:26apa yang kita boleh buat, kalau kita tahu siapa yang terlibat
00:29kita boleh melakukan boycott terhadap barang-barang yang mereka jual di sini.
00:33Kan? Jadi, puasa boycott orang Malaysia jangan main-main kan?
00:38Memang boleh terduduk orang kan?
00:40Jadi, kalau betul yang melakukan itu perusahaan Malaysia dan Singapura
00:44atau mana-mana perusahaan
00:46kita kongsikan dengan masyarakat
00:48supaya kalau katakanlah tak boleh ambil tindakan secara undang-undang
00:52kita boleh ambil tindakan dengan memboycott.
00:54Itu dah selalu berhasil.
00:56Cara pandai muda.
00:59Dan saya rasa dengan apa yang berlaku sekarang, rakyat semua marah.
01:02Memang terduduklah perusahaan-perusahaan yang melakukan
01:05pembakaran hutan itu kalau seandainya perusahaan mereka dikenal pasti.
01:09Tapi sekarang ini, saya tak rasa perkara itu berlaku pada waktu sekarang.
01:13Jadi, ianya harus dimulai.
01:15Nombor satu, tindakan harus diambil menggunakan undang-undang domestik Indonesia
01:20sebab berlaku di Indonesia.
01:21Dan kedua, untuk kita yang berada di luar negara ini, apa yang kita boleh buat kalau kita tahu
01:25perusahaan mana yang terlibat, netizen pasti akan boleh detect syarikat mana yang terlibat,
01:30brand mana dan ambil tindakan boycott supaya adalah sedikit dampak yang diberikan
01:37kepada pelaku-pelaku yang melakukan kesalahan ini.

Recommended