00:00Malaysia menyasarkan untuk memuktamadkan dan mementerai perjanjian perdagangan bebas Malaysia Kesatuan Eropah Mueftasa lewat-lewatnya menjelang akhir Jun 2027.
00:10Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, proses rundingan mencatatkan kemajuan positif apabila hampir 80%
00:18daripadanya telah pun selesai.
00:22Menurut Johari, perjanjian itu masih dalam proses pemurnian bagi memastikan kedua-dua pihak mencapai persetujuan yang memberi akses pasaran bebas
00:31dan adil.
00:33Katanya pemeteraian MEU FTA Club amat penting buat Malaysia kerana pembukaan pasaran bersama blok 27 negara anggota berkenaan akan memberi
00:44kelebihan daya saing serta limpahan ekonomi yang signifikan kepada sektor perdagangan domestik.
00:50Perkara itu dikongsikan beliau dalam sidang media sempena acara EU Malaysia Business Day 2026 Selangor In Fokus di Ibu Negara
00:59pada Selasa.
01:00Rundingan MEU FTA yang digerakkan semula itu dijangka memperkukuh kedudukan Kesatuan Eropah sebagai antara rakan dagang dan destinasi pelaburan utama
01:10negara, khususnya dalam sektor pembuatan bernilai tinggi.
01:13Teknologi hijau serta elektrik dan elektronik E&E MEU FTA mula dilancarkan secara rasmi pada Oktober 2010 sebelum terhenti pada
01:242012 selepas 8 pusingan.
01:28Susulan perbezaan pandangan membabitkan isu sensitif seperti perolehan kerajaan, hak-harta intelek serta dasar perladangan mampan.
01:36Bagaimanapun kedua-dua pihak bersetuju menyambung semula rundingan secara rasmi pada Januari 2025.
01:43Dengan mandat modern dan komprehensif, sekaligus mempercepat proses perbincangan ke fasa akhir bagi memuktamarkan akses pasaran dua hala menjelang pertengahan
01:532027.