00:00Pasukan Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan, Unifil, melaporkan operasi ketenteraan Israel termasuk beberapa serangan udara dan aktiviti darat
00:10di kawasan operasi pasukan itu di selatan Lubnan masih berterusan.
00:14Juru cakap PBB, Stefan Dujarik berkata, laporan itu turut merangkumi penemuan bahan letupan berbahaya oleh rondaan pengaman di dua lokasi
00:24dalam sektor barat kawasan operasi Unifil.
00:27Di Bina Jebel, pasukan pengaman menemui sebuti bom tangan yang berkemungkinan masih aktif pada Jumaat sebelum memindahkannya ke lokasi lebih
00:35selamat untuk dilupuskan.
00:37Sementara itu di Syama, satu bahan letupan yang belum meletup dan dikenalpasti sebagai kepala peledak roket turut dilupuskan sejurus selepas
00:46ditemukan.
00:47Menurut Dujarik, Unifil juga memudah cara empat misi kemanusiaan di sektor barat antara Khamis hingga Ahad dengan penyelarasan bersama Pejabat
00:55Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB, OCHA.