Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Pelarian yang memasuki Malaysia selepas Januari 2023 tidak akan dipertimbangkan untuk menerima Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bagi mengelakkan sistem pendaftaran itu dijadikan faktor penarik kemasukan warga asing baharu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pelarian yang memasuki Malaysia selepas Januari 2023 tidak akan dipertimbangkan untuk menerima dokumen pendaftaran pelarian DPP
00:09bagi mengelakkan sistem pendaftaran itu dijadikan faktor penarik kemasukan warga asing baru.
00:15Menteri Dalam Negeri, Datuk Sri Saifuddin Nasution Ismail berkata pertimbangan bagi pemberian DPP hanya terhad kepada pelarian sedia ada yang
00:23telah berada di negara ini sebelum atau sehingga tarikh berkenaan.
00:27Bermula kita umumkan DPP sebagai satu mekanisme pendaftaran cut off date kita iaitu Januari 2023, Mac 2023 masa kita umumkan
00:39mana-mana yang masuk selepas itu mereka tidak akan diberikan peluang untuk kita pertimbangkan di bawah DPP.
00:48Kita proses yang sedia ada, jadi pool factor macam yang disampaikan oleh yang berhormat. Sudah barang pasti, itu akan berlaku.
00:55Menerusi pelaksanaan DPP katanya, KDN menjalankan proses pendataan secara menyeluruh, merangkumi pendaftaran maklumat peribadi,
01:03saringan keselamatan oleh polis diraja Malaysia PDRM dan Jabatan Imigresin serta pengambilan data biometrik.
01:11Saifuddin Nasution berkata, sasaran pendataan tahun ini melibatkan kira-kira 4,000 pelarian di Dipo Tahanan Imigresin DTI untuk DPP
01:19fasa pertama yang bermula Januari tahun ini
01:22dan 2,000 di Luar Dipo sebelum ditingkatkan kepada 20,000 orang pada tahun hadapan.
01:29Proses pendataan itu bukan bermula dalam keadaan vakum kerana KDN kini memegang kira-kira 30,000 data pelarian yang lengkap
01:37dengan nama serta maklumat majikan hasil pelaksanaan fasa awal yang dimulakan petabiran sebelum ini.
01:43Terima kasih kerana menonton!

Recommended