Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Tuanku Muhriz tidak berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-273 bagi memberi tumpuan kepada Istiadat Menzahirkan Kejadian Undang Luak Jelebu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhris, Tuanku Munawir memutuskan untuk tidak berangkat ke mesyuarat Majlis Raja-Raja ke
00:07-273 yang dijadual bermula Rabu ini.
00:10Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Azizi Muhammad Ali berkata, keputusan itu bagi membolehkan baginda memberikan tumpuan kepada istiadat menzahirkan kejadian Undang
00:21Luak Celebu.
00:24Dalam kenyataan pada Isnin, Azizi turut menjelaskan keberangkatan ke mesyuarat Majlis Raja-Raja tidak memerlukan sebarang jemputan.
00:33Penjelasan itu, susulan laporan media yang menyatakan Tuanku Mukris telah menerima jemputan untuk menghadiri mesyuarat berkenaan.
00:41Menurutnya, baginda juga tidak menerima sebarang surat atau warkah jemputan daripada Sultan Perak, Sultan Nazrin Mu'zuddin Shah.
00:49Ia bagi menghadiri mesyuarat pra-majlis raja-raja yang dijadual berlangsung pada selasa dengan Sultan Nazrin selaku pengurusi mesyuarat.
00:58Azizi turut menegaskan pihak Istana Negeri Sembilan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan media berhubung perkara itu sebelum ini.
01:07Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-273 dijadual berlangsung selama dua hari, bermula 14 hingga 15 Oktober di Istana Negara Kuala
01:16Lumpur.

Recommended