Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Keputusan dasar berhubung cadangan itu telah dipersetujui Jemaah Menteri beberapa bulan lalu, manakala Kementerian Pengangkutan kini sedang menyediakan draf rang undang-undang bersama Jabatan Peguam Negara (AGC).

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kerajaan menyasarkan Ruang Undang-Undang Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang mewajibkan pesalah memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah,
00:10membayar pampasan kepada mangsa kemalangan dibentangkan di Parlimen pada sesi pertama tahun hadapan.
00:16Menteri Pengangkutan Anthony Locke berkata keputusan dasar berhubung cadangan itu telah dipersetujui jemaah menteri beberapa bulan lalu, manakala Kementerian Pengangkutan
00:26kini sedang menyediakan draf rang undang-undang bersama Jabatan Peguam Negara.
00:34Kelurusan dasar telah pun diperolehi melalui Kabinet beberapa bulan yang lalu. Bahagian darat sedang mengusahakan kertas dasar dan juga rang
00:45undang-undang tersebut.
00:46Tetapi ini akan mengambil sedikit masa untuk dibentangkan ke Parlimen kerana dia melibatkan banyak pertimbangan teknikal dan kita akan berusaha
00:54dalam beberapa bulan ini untuk membawa rang undang-undang itu ke Parlimen.
00:58Menurut Luk, cadangan pindaan itu bertujuan menggabungkan proses jenayah dan tuntutan sivil bagi membolehkan mahkamah memberikan pampasan kepada mangsa dalam
01:06proseding kes berkaitan.
01:08Jelasnya lagi di bawah sistem sedia ada pemandu yang melakukan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol atau dada boleh didakwa
01:15melalui proses jenayah manakala mangsa perlu memfailkan tuntutan sivil secara berasingan sekiranya mahu mendapatkan pampasan.
01:22Situasi itu menimbulkan kesukaran kepada setengah mangsa yang tidak mempunyai kemampuan kewangan untuk memulakan tindakan sivil selain proses mendapatkan pampasan
01:30yang boleh mengambil masa bertahun-tahun.
01:32Terima kasih telah menonton!

Recommended