Skip to playerSkip to main content
  • 17 hours ago
Kementerian Pengangkutan akan menyalurkan bantuan khas RM1,000 kepada kira-kira 53,000 pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah secara berperingkat mulai Rabu ini, menggunakan hasil jualan nombor pendaftaran istimewa siri H yang menjana RM91 juta.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata inisiatif itu bertujuan membantu golongan berkenaan, termasuk memastikan pemandu beragama Hindu menerima bantuan sebelum Deepavali.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kementerian Pengangkutan Komitor untuk memperkukuh sistem pengangkutan negara yang selamat, cekap, berdaya saing dan inklusif, seraras dengan aspirasi ekonomi madani
00:10dan hala tujuh Rancangan Malaysia ke-13.
00:13Pelanjawan Madani 2027 memperlihatkan komitmen kerajaan dalam memperkasa pengangkutan awam, meningkatkan keselamatan jalan raya dan penerbangan, memperkukuh sektor maritim serta
00:25meningkatkan kecekapan ekosistem logistik negara.
00:28Demi kesejahteraan rakyat dan pertumbuhan negara yang lebih mampat.
00:34Antara inisiatif utama dalam sektor darat, kita pecahkan kepada tiga sektor utama iaitu sektor darat, sektor maritim dan sektor udara.
00:44Saya bermula dengan sektor darat.
00:46Inisiatif utama dalam sektor darat ialah pertama, bantuan khas sebanyak RM1,000 kepada kira-kira 38,000 pemandu taksi dan
00:54kereta sewa, serta 15,000 pemandu bas sekolah.
00:58Dalam pembertangan ucapan Yama Berhormat Perdana Menteri, beliau menyebut bahawa bayaran bantuan khas ini akan dilaksanakan seawal minggu ini.
01:10Jadi, sesuatu daripada apa yang diarahkan oleh yang berhormat Perdana Menteri, maka bermula seawal hari Rabu ini, kita akan mengagihkan
01:22bantuan ini secara berfasa-fasa, secara berperingkat.
01:25Jadi, kita akan menjemput kumpulan pertama pemandu taksi dan kereta sewa ini dan juga pemandu bas sekolah untuk datang ke
01:34Kementerian Pengangkutan, sebahagiannya akan datang ke Kementerian Pengangkutan, akan kita berikan bauca pada hari Rabu ini.
01:41Ada yang bertanya mengapa bantuan ini dapat diberikan walaupun bajet hanya dibentangkan, belum diluluskan.
01:48Saya nak memberikan penjelasan bahawa apa yang diumumkan oleh Perdana Menteri itu, hasilnya sudah masuk untuk tahun ini.
01:57iaitu penjualan nombor siri ataupun NPI, nombor pendaftaran istimewa H.
02:03Jadi, H itu telah pun menjana RM91 juta.
02:07Jadi, itu kita kembalikan kepada pemandu taksi, kereta sewa dan juga bas sekolah.
02:13Jadi, itu sebabnya bayaran ini memang kita committed untuk berikan dalam tempoh terdekat supaya kepada pemandu-pemandu yang beragama Hindu,
02:26mereka boleh mendapat bantuan itu sebelum dipawali.
02:29Jadi, itu yang kita harap dapat laksanakan apa yang dihasratkan oleh Perdana Menteri secepat mungkin.
02:36Jadi, pada Rabu ini, maka bash pertama akan kita serahkan dan seterusnya akan disesuli dengan kumpulan-kumpulan yang lain.
02:44Terima kasih telah menonton!

Recommended