00:11Jabatan Pendidikan Negeri Selangor JPNS memaklumkan penutupan sekolah pada Selasa melibatkan empat daerah susulan perkembangan bacaan indeks pencemaran udara IPU.
00:23Murid-murid asrama disarankan untuk terus kekal berada di asrama sepanjang tempoh penutupan sekolah akibat jerebu selagi keadaan selamat dan
00:31kebajikan murid terjamin.
00:35Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 14 Jun 2017 untuk pengurusan kes semakan kehakiman yang difailkan badan peguam bagi mencabar keputusan
00:44pihak pendawaan menghentikan kes rasuah Yayasan Akal Budi melibatkan timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
00:53Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Session Kota Baru atas tuduhan menikam isteri dengan pisau dan mencederakan ibu mentua di sebuah
01:00rumah di Padang Lepai, Ketireh, Isnin Lepas.
01:05Anggota polis cawangan khas yang mendakwa dikasari Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia AKPS Datuk Seri Muhammad Syuhaili
01:12Muhammad Zain telah membuat laporan polis baharu di Balai Polis Sungai Besi pada 10 Oktober lalu bagi mengemukakan bukti tambahan.
01:21Sistem dan perkhidmatan utama lembaga tabung haji kembali beroperasi selepas dihentikan sementara susulan serangan saiber pada 8 Oktober lepas dengan
01:30simpanan pendeposit dijamin selamat.
01:34Kerajaan Negeri Sarawak mengumumkan belanjawan sebanyak RM14.84 bilion untuk 2027 dengan tema Bersama Membina Kemakmuran dan Menjamin Masa Hadapan
01:44Kita.
01:47Seorang pelajar sekolah menengah di Perancis menembak dan mencederakan seorang pengetua serta seorang kakitangan wanita dengan senapang buru di sebuah
01:55sekolah berhampiran Marsi di Perancis pada Isnin.
02:01Iran menawarkan bantuan untuk memudah cara rundingan antara Arab Saudi dan kumpulan Houthi di Yemen.
02:08Suhu purata global pada September 2026 mencecah 16.27 darjah Celsius menjadikannya bulan September kedua terpanas pernah direkodkan.
02:23Terima kasih telah menonton!