00:00Kesiap-siagaan yang dilaksanakan dalam pengurusan bencana membantu mengurangkan kerugian harta benda termasuk aset awam dan infrastruktur.
00:08Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Sri Ahmad Zaid Hamidi, tahun lepas kerugian akibat bencana di negara ini mencecah RM636.9
00:16juta termasuk RM380.2 juta melibatkan aset awam dan infrastruktur.
00:23Beliau yang juga pengurusi jahatan kuasa pengurusan bencana pusat berkata angka itu menurun berbanding RM933.4 juta pada 2024 dan
00:32disebabkan itu kesiap-siagaan mesti melindungi dua nilai penting iaitu nilai kehidupan dan nilai ekonomi.
00:37Ahmad Zaid berkata setiap kali bencana pasukan penyelamat akan digerakkan menekala Jabatan Meteorologi Malaysia, MAP Malaysia menyediakan sistem amaran awal
00:45bagi mengenal pasti kawasan titik panas yang dijangka mengalami banjir dan risiko bencana lain.
00:49Dalam pada itu, beliau berkata pengurangan risiko bencana perlu bermula sejak peringkat perancangan guna tanah dan pembangunan bandar termasuk mengenal
00:57pasti kawasan berisiko runtuh serta mengambil tindakan awal.
01:00Selain itu katanya, pengurusan sungai dan pemantauan kawasan berisiko juga penting bagi mengurangkan kesan bencana.
01:05Beliau berkata amaran awal yang disampaikan perlu tepat pada masa mudah difahami dan disusuli tindakan dalam menyelamatkan nyawa ketika bencana
01:13termasuk memberi masa kepada keluarga berpindah sebelum air naik serta membantu warga emas dan kanak-kanak ke tempat selamat dengan
01:20komunikasi berkesan menjadi kunci utama.
01:22Terima kasih telah menonton!