Skip to playerSkip to main content
  • 8 minutes ago
Langkah kerajaan menangani jurang akses kepada doktor, pakar dan kemudahan diagnostik antara hospital di bandar dengan hospital serta klinik kesihatan di luar bandar antara perkara yang menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Langkah kerajaan menangani jurang akses kepada doktor, pakar dan kemudahan diagnostik antara hospital di bandar dengan hospital serta klinik kesihatan
00:09di luar bandar antara perkara yang menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
00:13Menurut aturan ulusan besyarat di Laman Sesawang Parlimen, perkara itu akan dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Jelebung, Datuk Sri Jalaluddin Alias
00:20yang meminta Menteri Kesihatan menjelaskan langkah kerajaan untuk mengatasi ketidakseimbangan berkenaan dalam sesi soal jawab.
00:28Turut menjadi tumpuan ialah pertanyaan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Muhammad Fawaz Muhammad Jan kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri mengenai
00:37risiko kebergantungan ekspor negara pada sektor elektrik dan elektronik atau E&E yang menyumbang hampir separuh daripada jumlah ekspor serta
00:45strategi memperbagaikan ekspor sekiranya kitaran semikonduktor global merosot.
00:50Ahli Parlimen Tampin, Mama Issa pula meminta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menjelaskan justifikasi strategik penubuhan Hospital Mara Pertama, termasuk
01:01status kajian dan perancangan, lokasi, kapasiti katil, bidang kepakaran, anggaran kos pembangunan, sumber pemayaan serta jangkaan tarikh hospital itu mula
01:11beroperasi.
01:12Dalam sesi sama, Ahli Parlimen Padang Besar, Rushdan Rusmi meminta Menteri Dalam Negeri memperincikan tindakan bersepadu kerajaan untuk membanteras kegiatan
01:21pendudupan manusia, dadah dan barangan terlarang melalui laluan tidak rasmi di Sempadan Perlis, termasuk tindakan terhadap rangkaian sindiket yang terbabit.
01:30Terut disenaraikan ialah pertanyaan Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wiese mengenai dasar jangka panjang kerajaan dalam menangani perubahan iklim serta
01:39garis masa pelaksanaan cukai karbon yang ditangguhkan bagi memastikan daya saing Malaysia dalam ekonomi rendah karbon.
01:46Persidangan Dewan Rakyat minggu ini turut menyaksikan bermulanya perbahasan rang undang-undang perbekalan 2027 pada peringkat dasar susulan pembentangan belanjawan
01:552027 oleh Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Keuangan pada Jumaat lepas.
02:00Berdasarkan takwim mesyuarat ketiga penggal kelima Parlimen kelima belas perbahasan belanjawan 2027 pada peringkat dasar berlangsung dari 12 hingga 22
02:10Oktober sebelum sesi penggulungan oleh Menteri Berkaitan selama 4 hari bermula 26 Oktober.
02:17Persidangan Dewan Rakyat berlangsung selama 37 hari sehingga 8 Disember.

Recommended