Skip to playerSkip to main content
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima bayaran zakat perniagaan bagi haul 2025 berjumlah RM41.72 juta daripada lima syarikat korporat kepada Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor).

Sesi penyerahan zakat perniagaan itu disempurnakan wakil pengurusan tertinggi syarikat korporat berkenaan dalam satu upacara khas di Istana Bukit Kayangan di sini pada Rabu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/799457/edisi/selangor-kl/sultan-selangor-terima-zakat-rm41-72-juta

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #ZakatSelangor #zakatperniagaan

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sultan Selangor, Sultan Syarafuddin Idris Shah berkenan menerima bayaran zakat perniagaan bagi haul 2025 berjumlah RM41.72 juta daripada 5
00:11syarikat korporat kepada Lembaga Zakat Selangor.
00:15Sesi penyerahan zakat perniagaan itu disempurnakan wakil pengurusan tertinggi syarikat korporat berkenaan dalam satu upacara khas di Istana Bukit Kayangan
00:24Shah Alam pada Rabu.
00:25Lembaga Tabung Haji TH mendahului senarai pembayar zakat korporat apabila menyerahkan RM27.01 juta sekaligus mengukuhkan kedudukannya sebagai penyumbang zakat
00:38korporat terbesar kepada Zakat Selangor bagi tahun ini.
00:43Penyerahan zakat tersebut diwakili pengerusi TH, Tan Sri Abdul Rashid Hussein.
00:47Syarikat Utiliti Negara, Tenaga Nasional Berhad pula menduduki tempat kedua pembayar zakat terbesar dengan menunaikan zakat perniagaan sebanyak RM5.6
00:58juta.
00:59Zakat berkenaan diserahkan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Syamsul Ahmad.
01:05Sementara itu, Kumpulan Keuangan Islam Maybank pula menyumbang RM4.22 juta menerusi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Perbankan Islam merangkap Ketua
01:16Pegawai Eksekutif Maybank Islamik Berhad, Muhammad Yassin Abdullah.
01:21Pada majlis sama, Bank Rakyat yang diwakili pengerusinya, Datuk Muhammad Irwan Muhammad Mubarak turut menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM3.38
01:31juta.
01:33Rural Capital Sendirian Berhad yang diwakili pengerusinya, Datuk Nur Hariri Muhammad Nur pula menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM1.51 juta.

Recommended