00:01Pengerusi URIME P. Ramasamy menyarankan BERSATU supaya berhati-hati mempertimbangkan kerjasama politik dengan Pakatan Harapan bagi PRN Melaka dengan berkata
00:13gabungan itu kini berada di salah satu titik paling lemah dari segi politik.
00:18Bekas timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, BERSATU perlu menjadikan PRN berkenaan sebagai medan menguji kerjasama politik yang lebih
00:27luas menjelang PRU-16 ketika PKR, DAP dan Amanah mengalami kemerosotan sokongan politik.
00:34Katanya BERSATU sahaja tidak mampu menentukan keputusan di Melaka. Bagaimanapun kerjasama pilihan raya yang lebih luas boleh membantu parti itu
00:44mengelakkan pertandingan tiga penjuru serta menggabungkan undi Melayu dan bukan Melayu.
00:50BERSATU yang merupakan komponen Perikatan Nasional telah mengesahkan akan bertanding dalam PRN Melaka dan dijangka menggunakan logonya sendiri sesudah keretakan
01:00hubungan dengan PAS.
01:01Setiausaha Agong BERSATU Azmin Ali turut berkata, parti itu bersedia mengadakan rundingan Pakatan Pilihan Raya dengan parti lain.
01:10Ramasami berkata Presiden BERSATU Muhyiddin Yassin perlu mengambil inisiatif membina gabungan lebih luas yang mampu mencabar kekuatan BN dan PAS,
01:19bukan sekadar berunding pembahagian kerusi tetapi membentuk aturan politik alternatif menjelang PRU-16.