00:00Sektor kewangan negara berjaya menghalang cubaan transaksi penipuan bernilai kira-kira 1.9 bilion ringgit pada separuh pertama 2026 melebihi
00:10jumlah 1.2 bilion ringgit yang berjaya disekat sepanjang tahun 2025.
00:16Kabupaten Bank Negara Malaysia Datuk Seri Abdul Rashid Ghafur berkata pencapaian itu mencerminkan peningkatan keupayaan sektor kewangan untuk mengesan dan
00:25menyekat transaksi mencurigakan sebelum dana dipindahkan kepada penjenayah.
00:32Tambah beliau dalam tempoh lima tahun lalu, aset bernilai lebih RM37 bilion ringgit turut berjaya diperoleh semula menerusi usaha penguatkuasaan
00:40dan pemulihan aset berkaitan jenayah kewangan.
00:43Menurut Abdul Rashid, Malaysia terus memperkukuh usaha membantras jenayah kewangan sejak 25 tahun lalu.
00:51Antaranya menerusi pengubalan akta pencegahan pengubahan wang haram, pencegahan pembiayaan keganasan, pencegahan pembiayaan aktiviti telarang dan hasil daripada aktiviti haram
01:022001.
01:02Usaha itu menyaksikan inisiatif pencegahan pengubahan wang haram negara berkembang daripada kerangka tradisional kepada rejim yang lebih menyeluruh bagi menangani
01:13pelbagai bentuk jenayah kewangan.
01:15Kemajuan tersebut dibina berdasaskan tiga elemen utama iaitu pengukuhan undang-undang, pemantapan institusi serta pemahaman lebih mendalam mengenai risiko dan
01:26pendekatan penyeliaan.
01:27Bagaimanapun perkembangan teknologi turut mewujudkan cabaran baharu dalam usaha membantras jenayah kewangan khususnya penipuan dalam talian.
01:37Kecerdasan buatan AI semakin kerap digunakan oleh penjenayah untuk mengautomasikan kempen penipuan mengenapasti kelemahan sasaran serta memperhebat serangan saiber.
01:47Penggunaan AI juga membolehkan penjenayah beroperasi pada skala lebih besar dan pantas sekaligus meningkatkan potensi kerugian kepada mangsa serta menambah
01:58kerumitan ancaman yang perlu ditangani pihak berkuasa dan institusi kewangan.
02:04Sektor kewangan kini perlu mempertingkat penggunaan teknologi bagi mengesan corak transaksi mencurigakan, menyekat aktiviti haram dan bertindak dengan lebih pantas
02:13terhadap cubaan penipuan.
02:18Terima kasih telah menonton!