00:00Cadangan pembangunan terminal ketiga di Pulau Keri, Selangor dan Midport di Port Dixon, Negeri Sembilan tidak akan menjejaskan rancangan peluasan
00:08pelabuhan Tanjung Kelepas PTP di Johor.
00:12Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata ketiga-tiga pelabuhan tersebut memperdaih fungsi dan peranan berbeza-beza serta tidak akan bersaing untuk
00:20mendapatkan jenis kargo yang sama.
00:23Jelas Anthony, terminal ketiga di Pulau Keri pada peringkat awal hanya akan memberi tumpuan kepada operasi pemunggahan jenis kargo arm
00:31dan bukannya pengendalian kontena.
00:34Pembangunan Midport pula direka dengan tujuan menyokong aspek pembangunan ekonomi Negeri Sembilan. Ia tidak mempunyai sebarang kapasiti bagi bersaing dengan
00:44PTP yang jauh lebih maju.
00:45Setiap pelabuhan kita ada positioning yang berlainan. Umpamanya untuk PTP, PTP adalah hub untuk MERS-Line dan juga untuk Gemini
00:56Alliance, iaitu antara syarikat perkapalan MERS dan juga Hapaloid.
01:00Jadi untuk PTP, pengkhususan kargo transshipment hub itu adalah untuk dua syarikat perkapalan ini.
01:08Manakala untuk Westport dan Northport di Pulau Belangkang, ia kepada lebih pelbagai, kepada syarikat-syarikat perkapalan yang lain.
01:20Jadi tidak ada soal kita menghadapi persaingan antara sesama kita.
01:25Kementerian Pengangkutan akan menyokong pembangunan fasa kedua PTP dan berusaha mempercepat pelaksanaannya bagi memenuhi permintaan semasa serta memastikan daya saing
01:37Malaysia setanding hub pelabuhan semantau yang lain.
01:40Tambah Anthony, langkah peluasan PTP dijangka meningkatkan jumlah kapasiti pengendalian kontena kepada 48 juta unit bersamaan 20 kaki atau TEU
01:50setahun.
01:51Sementara itu, pembangunan terminal ketiga di Pulau Keri bersama peluasan terminal kontena Westport dijangka meningkatkan keseluruhan kapasiti pelabuhan Kelang kepada
02:0260 juta TEU setahun.
02:04Ini sekaligus memperkukuh keupayaan Malaysia memenuhi pertumbuhan permintaan pengendalian kontena.
02:10Terima kasih kerana menonton!