Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Rawatan penyakit mental di negara ini tidak hanya memfokuskan kepada pengurangan gejala sebaliknya menekankan proses pemulihan fungsi agar pesakit mampu berdikari.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Rawatan kesihatan mental di negara ini menunjukkan keberhasilan positif apabila 76% pesakit sekretari di bawah Kementerian Kesihatan KKM berjaya
00:09dipulihkan dan diserap semula oleh pasaran guna tenaga setakat Jun lepas.
00:14Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Zulkifli Ahmad berkata pencapaian menerusi program sokongan pekerjaan Pusat Kesihatan Mental Masyarakat Mentari itu melepasi
00:24petunjuk prestasi utama KPI Kementerian yang disasarkan pada kadar 60%.
00:31Jelas Dr. Zulkifli, rawatan penyakit mental di negara ini tidak hanya memfokuskan kepada pengurangan gejala, sebaliknya menekankan proses pemulihan fungsi
00:42agar pesakit mampu berdikari.
00:44Kementerian Kesihatan mengukur kadar keberhasilan rawatan kesihatan mental melalui penilaian terhadap kadar kemasukan semula pesakit sekretari di hospital-hospital kami.
00:56Atau dipanggil dengan izin re-admission kerana pesakit yang menerima rawatan psikiatri berkualiti tinggi tidak sepatutnya kembali for re-admission
01:05dalam tempoh 3 bulan.
01:07Maka KKM telah menetapkan KPI kadar kemasukan semula pesakit dalam tempoh 3 bulan perlulah kurang atau kita letakkan KPI kurang
01:18daripada 25% bermula tahun 2025.
01:23Pencapaian hospital-hospital kami dalam hal memenuhi KPI ini di peringkat nasional pada tahun 2025 adalah pada paras 6.32%.
01:33Sementara itu Dr. Zulkifli berkata KKM terbuka kepada penyelidikan klinikal perubatan berkaitan ekstrak kanabis sekiranya ia berdasarkan bukti saintifik.
01:46Bagaimanapun KKM menolak sekeras-kerasnya pendekatan nyah jenayah penggunaan bahan tersebut secara menyeluruh,
01:53mengambil iktibar daripada krisis kesihatan awam yang berlaku di Thailand sebelum ini.

Recommended