Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Pasaran saham Brazil melonjak ke paras tertinggi baharu apabila keputusan pusingan pertama pilihan raya menunjukkan persaingan sengit antara Flavio Bolsonaro dan Luiz Inacio Lula da Silva.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Indeks saham utama Brazil melonjak ke paras tertinggi dalam sejarah pada Islin selepas pelabur menyambut baik prestasi lebih kukuh daripada
00:08jangkaan calon berhaluan kanan Flavio Bolsonaro dalam pusingan pertama pilihan raya Presiden Negara itu.
00:15Indeks Bovespa ditutup pada 206.911.89 mata selepas meningkat 7.7% sekaligus mencatat kenaikan harian terbesar sejak 24
00:27Mac 2020.
00:31Flavio Bolsonaro, anak sulung bekas Presiden Berhaluan Kanan, J. Bolsonaro memperoleh 47% undi mengatasi penyandang Presiden Berhaluan Kiri, Luis
00:41Inacio Lula da Silva yang meraih kira-kira 45%.
00:45Keduanya akan bertembung dalam pusingan kedua pilihan raya pada 25 Oktober ini. Keputusan itu mengatasi jangkaan tinjauan pendapat sebelum ini
00:52yang meramalkan Lula mendahului pusingan pertama dengan kira-kira 3 mata peratusan.
00:58Penganalisis berkata pelabur turut dipengaruhi peningkatan sokongan terhadap sekutu Bolsonaro dalam Kongres yang berpotensi memberinya ruang lebih besar untuk melaksanakan
01:07agenda mesra perniagaan sekiranya dipilih.
01:09Antara agenda yang dijangka diberi keutamaan termasuk mengetatkan perbelanjaan awam, pensuastaan dan pengurangan cukai.
01:17Dalam pilihan raya Kongres pada ahad, parti liberal pimpinan Bolsonaro muncul sebagai pemenang terbesar.
01:22Perwakilannya dalam Dewan Senat meningkat daripada 15 kepada 28 kerusi, manakala jumlah kerusi di Dewan Rendah dijangka meningkat daripada 98
01:30kepada 121.

Recommended