Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago

Malaysia has no plans to make e-Konsular registration mandatory for Malaysians travelling abroad, says Foreign Minister Datuk Seri Mohamad Hasan.

However, Malaysians are encouraged to register and download the MyWorld Alert app so authorities can contact them during emergencies and provide safety updates.

During Question Time at the Dewan Rakyat on Monday (Oct 5), Mohamad also said Nepal is working to expedite death certificates for Malaysians still missing after the Aug 26 floods.

Read more at https://shorturl.at/zX0CK

WATCH MORE: https://thestartv.com/c/news
SUBSCRIBE: https://cutt.ly/TheStar
LIKE: https://fb.com/TheStarOnline

Category

🗞
News
Transcript
00:00Dato' Putua, Kementerian Luar Negeri melalui pejabat-pejabat perwakilan kita di seluruh dunia
00:06sentiasa memantau rapat perkembangan dan keselamatan serta kebajikan rakyat Malaysia
00:13yang berada di seluruh dunia melalui pejabat-pejabat perwakilan kita di luar negara
00:20terutamanya di negara-negara yang mempunyai risiko konflik dan krisis kemanusiaan.
00:27Dato' Putua, dalam hal ini Kementerian Luar Negeri menggalakkan rakyat Malaysia yang baik ada di luar negara
00:38sama ada menetap ataupun melancong, mereka mendaftar diri mereka dengan pejabat-pejabat perwakilan
00:45yang berhampiran ataupun mereka mendaftar keberadaan mereka melalui portal e-consular.
00:53Ini akan memudahkan Kementerian ataupun pejabat-pejabat perwakilan luar negara kita
01:02berhubung dan dapat mengetahui keberadaan rakyat Malaysia di satu-satu tempat
01:10terutamanya apabila berlaku krisis ataupun masalah yang dihadapi seperti gempa bumi, taufan ataupun yang
01:20lain-lain itu betul. Jadi kita menggalakkan, Kementerian menggalakkan rakyat Malaysia
01:27gunakanlah portal e-consular ini supaya ia dapat kita pastikan keberadaan rakyat Malaysia itu
01:36dapat kita kenal pasti. Dia e-consular ini dia tak berapa sangat detail
01:45cuma kita nak tahu keberadaan mereka, nama dan juga pasport nama mereka saja
01:52Dato' Petua, bahagian konsular kita di setiap kedutaan kita memang memantau
01:58dan mengambil apa juga tindakan segera jika ada apa-apa berlaku, bencana
02:05ataupun keperluan-keperluan yang mendesak, yang menimpa rakyat Malaysia yang berada di luar negara
02:13dan kita berharap supaya semua rakyat Malaysia yang menggunakan pasport Malaysia biasa
02:22memang ada apa itu dipanggil sebagai di belakang pasport tersebut warga negara Malaysia
02:29yang menetap di luar negara, hendaklah mendaftar diri di pejabat perwakilan Malaysia yang berkenaan
02:35Dato' Petua selalunya kita menggunakan aplikasi My World Alert
02:42ada kita punya juga aplikasi yang lebih baik ataupun yang lebih komprehensif
02:48jika nak digunakan juga iaitu My World Alert sebagai salah satu saluran komunikasi pantas
02:56antara rakyat dengan kerajaan. Melalui aplikasi ini Dato' Petua maklumat dan amaran penting
03:03boleh disalurkan kepada warga negara Malaysia secara serta-merta sekiranya berlaku kecemasan
03:10aplikasi ini juga mempunyai fungsi komunikasi berasaskan lokasi melalui dengan izin
03:17Global Positioning System atau GPS yang membolehkan rakyat Malaysia berhubung
03:23dengan perjabat perwakilan Malaysia yang berdekatan secara terus. Terima kasih Dato' Petua.
03:28Tadi dimaklumkan tentang pendaftaran INKOSULA masih lagi bersifat sekerela. Apakah kerajaan
03:36bercadang untuk mewajibkan pendaftaran tersebut kepada rakyat Malaysia yang berada di luar negara
03:42untuk memastikan pengawasan negara kepada mereka lebih tuntas?
03:47Yang kedua terkait dengan bantuan kemanusiaan atau bantuan kepada rakyat Malaysia di luar sana
03:52kita dikejutkan dengan bencana di Nepal pada 26 Ogos 2026 dan kita dimaklumkan sehingga semalam
04:01masih ada 54 rakyat Malaysia yang masih lagi tidak dicumpai dan kita berdoa agar ia jadi dicumpai
04:07dan kita juga dimaklumkan bahawasanya pihak Nepal telah pun memberhentikan proses pencarian dan penyelamatan.
04:14Jadi soalan saya kepada pihak kementerian adalah apakah tindakan yang dilakukan oleh pihak kementerian
04:21untuk memastikan yang SAR ini masih lagi diteruskan oleh pihak kerajaan untuk memberikan harapan
04:28kepada keluarga mereka yang berada di Malaysia.
04:31Berkenaan dengan e-consular ini merupakan adalah sukarela.
04:36Belum ada lagi hasrat pihak kementerian untuk kita memohon daripada kerajaan
04:43untuk menjadikan ianya sebagai mandatory kepada rakyat Malaysia
04:49sama ada yang menetap di luar negara ataupun yang melancong ataupun pelajar.
04:55Belum sampai lagi lah, kita belum pertimbangkan lagi.
04:57Tapi kita berharap supaya rakyat Malaysia yang melancong, yang menetap ataupun yang pergi belajar
05:04ke luar negara, gunakanlah kemudahan e-counselor ini kerana ia adalah merupakan satu-satunya aplikasi yang boleh dijadikan sebagai
05:15kita pihak kedutaan ataupun kita punya pejabat-pejabat perwakilan,
05:22Dato' Pertua dapat mengetahui dan berhubung jika ada apa-apa keperluan untuk kita menghubungi mereka.
05:30My World Island itu adalah merupakan sistem komunikasi.
05:33Ia boleh berkomunikasi.
05:35Tetapi e-counselor ini merupakan kita memberitahu di mana keberadaan kita, Dato' Pertua.
05:42Jadi ini belumlah tiba masanya pihak kementerian untuk memohon kerajaan memendetarikan e-counselor ini kepada semua orang.
05:53Tetapi kita nasihatkan dan kita galakkan supaya semua rakyat Malaysia yang ke luar negara
06:00ataupun yang berada di luar negara, menetap di luar negara, gunakanlah kemudahan ini agar kita dapat mudah berhubung dengan mereka
06:09jika ada apa keperluan.
06:11Di Nepal ini, Dato' Pertua kemalangan banjir besar ataupun boleh dikatakan tsunami daratan
06:19yang berlaku pada 26 bulan Ogos itu merupakan suatu bencana yang besar, Dato' Pertua.
06:27Beribu-ribu orang yang telah pun terlibat termasuk.
06:31Seramai 5,285 orang yang hilang termasuk 636 warga asing yang terselamat, dapat selamat adalah 13,795.
06:44Ada 1,453 daripada 5,285 jasad ditemui.
06:54Termasuklah yang pada awalnya ketika itu yang tidak dapat dihubungi rakyat Malaysia,
07:22masih lagi 54 orang yang masih dalam kategori tidak dapat dihubungi dan dikategorikan sebagai hilang dalam bencana tersebut.
07:31Usaha dilakukan kita menghantar izin daripada pihak Nepal untuk menghantar pasukan penyelamat search and rescue kita,
07:42SMART, ke sana.
07:43Walaupun pada awalnya negara Nepal tidak membenarkan mana-mana negara menghantar pasukan penyelamat ataupun pencari mereka.
07:53Cuma ada daripada dua buah negara lah, itu India dan juga daripada negara China.
07:58Kerana mengambil pengajaran daripada peristiwa gempa bumi yang melandakan mandu dulu,
08:06bertimpa-timpa pasukan penyelamat datang sehingga kan menyusahkan Tuan Rumah ataupun negara Nepal itu sendiri.
08:12Jadi mereka tidak membenarkan.
08:15Saya menghubungi rakan sejawat, Sihir Kumar Al-Khanal,
08:19meminta supaya berilah izin kita punya pasukan SMART untuk dapat ke sana untuk membantu.
08:26Akhirnya kita dapat kelulusan dan kita telah menghantar pasukan SMART kita ke sana
08:32dan diuruskan dengan baik oleh pihak Kementerian Natma mereka di sana.
08:38Membawa pasukan kita sampai ke tempat lokasi di mana the last ping ataupun last tempat yang kita ketahui
08:46telepon mereka itu dapat dikesan.
08:49Itu betul.
08:50Jadi tapi tak boleh ada apa-apa yang dapat dilakukan.
08:53Kerana pada ketika itu banji ataupun tsunami yang terlampau dahsyat
08:59dan beberapa hari kemudian banji lumpur dan yang berbatu-batu itu telah menjadi keras menjadi simin.
09:07Jadi tak dapat apa yang dilakukan Tuan Sri.
09:09Kita membawa 9 drone SMART dan semuanya kita tinggalkan di sana
09:15untuk kita beri kepada pasukan penyelamat mereka
09:18untuk membantu Kerajaan Negeri Nepal untuk menjalankan percarian.
09:24Tetapi beberapa hari yang lalu Kerajaan Nepal telah memberhentikan
09:29apa yang dipanggil sebagai search and rescue itu.
09:32Jika mereka sekarang adalah pemulihan sahaja untuk Dato' Putua.
09:37Jadi kita tidak terus berputus rasa masih lagi berhubung dengan pasukan polis
09:42kerana mereka yang pergi tracking untuk Dato' Putua
09:48dia mesti buat laporan di setiap pus yang mereka sampai.
09:51Jadi kita minta polis tempatan untuk cek buku-buku kerana mereka boleh tulis nama.
09:59Mereka perlu mendaftar dan tulis nama di buku catatan di setiap pus yang mereka lalui.
10:06Jadi kita nak terus sampai begitu.
10:08Tetapi ia memerlukan masa dan kerjasama yang kita dapat daripada pihak keselamatan Nepal amat baik
10:16dan kita berharap supaya sesuatu yang miracle yang boleh berlaku.
10:21Tetapi untuk setakat hari ini Kementerian Luar Negeri mahu melapuhkan bahawa 54 orang
10:28rakyat Malaysia itu masih dalam kategori hilang dan tak dapat dikesan.
10:34Dan kita sedang sebagai banyak Kementerian dan agensi sedang bekerjasama
10:41membantu keluarga terdekat ataupun next of kin untuk mengurus dan memudahkan mereka
10:47terutamanya berurusan.
10:49Kedutaan kita di sana berurusan dengan Kementerian Dalam Negeri di sana
10:54kerana mereka akan cuma mengeluarkan sijil kematian selepas 3 tahun.
11:01Jadi kita mahu supaya dibuat satu pindaan dan minggu lepas kita punya CDA,
11:09Charge the Effect, kita telah pun berjumpa dengan Menteri dalam Negeri Nepal
11:15dan mereka sedang berusaha untuk meminda dan membuat pindaan supaya
11:21sijil-sijil kematian certificate of death itu dapat dikeluarkan segera.
11:26Di sini pula berbagai agensi sedang bekerjasama untuk memberi bantuan
11:32dan juga memudah cara kepada next of kin terutamanya pihak AG Chambers
11:38dan juga pihak Benegara dan juga Jabatan Pendaftaran
11:41kerana ada urusan perbankan, usuran pendaftaran dan macam-macam.
11:47Jadi ini terus dilakukan dan kita telah pun mengadakan 2 kali perjumpaan
11:52dengan next of kin, Dato' Putua dan kita telah pun membawa semua agensi
11:58dan waris sedekat dapat memberikan apa juga soalan
12:04ataupun pertanyaan-pertanyaan kepada semua jabatan-jabatan
12:08dan juga agensi-agensi berkenan.
12:10Terima kasih.
12:11Terima kasih.

Recommended