Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2026 hari ini memaklumkan pencapaian objektif projek LPB Sarawak belum dapat dinilai memandangkan projek belum siap sepenuhnya.
Transcript
00:00Sebanyak 10 pakej kerja bagi projek Lebuh Raya Pan-Burnio atau LPB Sarawak berjaya disiapkan sepenuhnya setakat 31 Mac 2026
00:10manakala satu pakej kerja iaitu WP11 berada pada tahap 99.9%.
00:18Jabatan Audit Negara JAN dalam kenyataan mengenai laporan Ketua Audit Negara LKAN 2 Palang 2026 hari ini
00:26memaklumkan pencapaian objektif projek LPB Sarawak belum dapat dinilai memandangkan projek belum siap sepenuhnya.
00:36Menurut kenyataan itu, pengauditan mendapati kelemahan dalam aspek pengurusan dan takbir urus kontrak yang kurang cekap.
00:44Antaranya tuntutan pengalihan dan pemasangan semula utiliti belum dilaksanakan berjumlah RM1.78 bilion
00:51dan bayaran berjumlah RM32.07 juta telah dibuat bagi sistem maklumat projek namun sistem tidak dapat diakses selepas tamat tempoh
01:01perjanjian.
01:02Sementara itu, projek LPB Sabah Fasa 1 yang telah dirancang sejak 2015 meliputi 35 pakej kerja sepanjang 706 km
01:12masih belum disiapkan selepas lebih 10 tahun.
01:15Jan memaklumkan sehingga 31 Mac 2026 hanya 4 pakej kerja iaitu 11.4% dengan jumlah kos asal RM0.567
01:27bilion telah disiapkan
01:29panakala baki 31 pakej kerja, 88.6% bernilai RM16.319 bilion masih dalam pelaksanaan.
01:39Daripada 31 projek dalam pelaksanaan, sebanyak 9 pakej kerja merupakan projek sakit, 13 pakej kerja lewat jadual serta 9 pakej
01:49kerja mendahului jadual.
01:50Antara isu pengurusan projek yang dikenalpasti sebagai ketidakteraturan serius ialah kelelusan arahan perubahan kerja APK melebihi had kuasa berjumlah RM513
02:01.99 juta
02:03dan kelewatan tuntutan kos utility bagi projek SIAP berjumlah RM41.37 juta.
02:10LKAN 2-2026 memberi fokus kepada beberapa projek infrastruktur utama negara iaitu projek LPB Sabah Fasa 1 dan projek LPB
02:21Sarawak.

Recommended