Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Sistem yang digunakan sejak 2009 itu bukan sahaja melibatkan urusan pemilikan tanah, malah merangkumi kira-kira 67 jenis transaksi termasuk kaveat, cagaran dan subpajakan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sistem ialah sis Sarawak yang membolehkan transaksi tanah diselesaikan dalam tempoh satu hari, kini bersedia dikongsi dengan kerajaan persekutuan.
00:09Timbalan Premier Dato' Ahmad Awang Tengah Ali Hassan berkata sistem yang digunakan sejak 2009 itu bukan sahaja melibatkan urusan pemilikan
00:17tanah, malah merangkumi kira-kira 67 jenis transaksi termasuk kaviat, cagaran dan sub-pajakan.
00:26Menurut Awang Tengah, Sarawak bersedia berkongsi pengalaman dan kepakaran dalam pembangunan sistem berkenaan sekiranya dapat membantu meningkatkan kecekapan pentadbiran tanah
00:37di peringkat persekutuan.
00:40Beliau mencadangkan perkara berkenaan menerusi perkara yang dibangkitkan dalam Mesyuarat Majlis Tanah Negara ke-83 di Bangunan Parlima Malaysia Kuala
00:49Lumpur pada Isnin.
00:50Dalam mesyuarat sama, beliau mencadangkan agar Sarawak dan Sabah diberikan insentif sewajarnya termasuk menerusi mekanisme pemindahan fiskal ekologi atas sumbangan
01:01kedua-dua negeri dalam sasaran negara untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50% kawasan negara sebagai kawasan berhutan.
01:10Ujarnya, Sarawak telah menanam kira-kira 67 juta pokok menerusi program penghijauan Malaysia dan mencapai sasaran tersebut lebih awal sekaligus
01:20menjadikan kira-kira 62% kawasan Sarawak masih diliputi hutan.
01:25Dan usaha itu katanya akan diteruskan sehingga 2030 dengan sasaran baharu penanaman 50 juta pokok.
01:33Selain itu, Sarawak turut sedia berkongsi pengalaman dalam penggunaan sistem geolokasi bagi sektor perhutanan termasuk untuk mengenalpasti lokasi dan spesies
01:43kayu sekiranya Kerajaan Persekutuan berminat meneritinya.
01:48Awang Tengah berkata demikian selepas mewakili Premier Sarawak menghadiri mesyuarat Majlis Tanah Negara ke-83 yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk
01:57Seri Anwar Ibrahim.

Recommended