Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Polis Diraja Malaysia memberi jaminan siasatan kes kematian seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di sebuah sekolah di Yong Peng dijalankan secara telus dan profesional, sambil menolak dakwaan wujud usaha melindungi mana-mana pihak.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Polis Diraja Malaysia PDRM memberi jaminan siasatan kes kematian seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di sebuah sekolah di Yongping
00:07akan dijalankan secara menjeluruh, telus dan profesional.
00:11Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Dato' M. Kumar berkata PDRM turut menolak dawaan kononnya wujud unsur melindungi mana-mana
00:19pihak atau cubaan menutup fakta berhubung kes berkenaan.
00:24Menerusi satu kenyataan, jelasnya dawaan berkaitan elemen cover-up atau usaha melindungi pihak tertentu adalah tidak berasas.
00:33Beliau menegaskan PDRM komited untuk memastikan siasatan dijalankan secara adil dan berintegriti tanpa campur tangan mana-mana pihak.
00:42Kes berkenaan kini disiasat oleh bahagian siasatan jenayah IPD Batu Pahat mengikut Seksyen 302 Kanun Kesiksaan.
00:50Dalam kejadian pada 3 Oktober lalu, seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dipercayai dibunuh di dalam dewan sebuah sekolah di
00:58kawasan Yongping.
01:00Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun telah ditahan pada hari yang sama bagi membantu siasatan.
01:07Polis turut memperoleh perintah Rehman selama enam hari sehingga 9 Oktober ini terhadap suspek.
01:12Hasil bedah siasat yang dijalankan oleh Pakar Patologi Forensik Hospital Sultanah Nora Ismail mendapati punca kematian mangsa akibat trauma di
01:22kepala daripada benda tumpul.
01:24Motif dan punca kejadian masih dalam siasatan.
01:28Sehubungan itu orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung kes tersebut.
01:35Terima kasih telah menonton!

Recommended