Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi, berjanji mengawal penerbitan bon dan bertindak pantas menangani pergolakan pasaran, susulan kebimbangan terhadap kedudukan kewangan awam negara.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Perdana Menteri Jepun Sonori Takechi berjanji mengawal penerbitan bon dan bertindak pantas menangani pergolakan pasaran, susulan kebimbangan terhadap kedudukan kewangan
00:11awam negara.
00:12Dalam ucapan dasar di Parlimen pada Isnin, Takechi berkata kerajaan akan memastikan kelastarian fiskal meskipun meningkatkan perbelanjaan bagi merangsang pertumbuhan
00:23ekonomi.
00:24Katanya penerbitan bon tahunan akan dikawal dengan mengambil kira hasil cukai, kadar faedah, kos pembiayaan hutang serta perkembangan ekonomi dan
00:33pasaran.
00:33Hasil bon kerajaan Jepun dalam tempoh 30 tahun mencecah rekod tertinggi 4.235% pada Isnin didorong kebimbangan terhadap peningkatan
00:43hutang dan tekanan inflasi, susulan konflik di Asia Barat.
00:46Hutang awam Jepun kini kira-kira dua kali ganda saiz ekonominya manakala kos pembiayaan meningkat ketika Bank of Japan menaikkan
00:54kadar faedah dan mengurangkan pembelian bon.
00:58Takechi berkata kerajaan turut berusaha menarik pelaburan swasta melalui perbelanjaan fiskal berskala besar dan jangka panjang yang dirancang secara teratur.
01:07Kerajaan juga sedang menyediakan belanjawan tahun depan dengan kementerian mengemukakan permohonan peruntukan pada paras rekod.

Recommended