Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Lima pelajar tampil mendedahkan mereka pernah dibuli suspek pertama yang ditahan berhubung kematian seorang pelajar Tingkatan Dua sebuah sekolah menengah di Kuala Pilah, Jumaat lalu.
Transcript
00:00Lima pelajar tampil mendakwa mereka pernah dibulu suspek pertama yang ditahan berhubung kematian seorang pelajar tingkatan 2 di sebuah sekolah
00:09menengah di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Jumat lalu.
00:12Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Polis Negeri Sembilan, Dato' Al-Zafni Ahmad ketika dihubungi Estro Awani pada Rabu.
00:21Menurut Al-Zafni, setakat ini seramai 69 keterangan saksi direkodkan, membabitkan 53 pelajar, 4 guru, 3 warden, 6 ibu bapa,
00:322 doktor dan seorang jurulatih tinju.
00:36Bagaimanapun katanya masih terdapat beberapa saksi yang akan dipanggil bagi membantu siasatan.
00:41Mengulas mengenai penahanan suspek kedua, seorang pelajar berusia 16 tahun, Al-Zafni berkata siasatan awam mendapati remaja tersebut dipercayai memanggil
00:52mangsa untuk bertemu suspek pertama ketika kejadian.
00:56Siasatan lanjut malah mendapati remaja berkenaan di Syaki pernah menyepak mangsa sebanyak enam kali ketika pertemuan pertama.
01:04Menurut Al-Zafni, suspek pertama dan kedua adalah rakan sekolah di tingkatan 4, manakala mangsa juga merupakan rakan pelatih mereka
01:12bagi aktiviti sukan memanah.
01:15Beliau memberitahu siasatan menyeluruh masih dijalankan bagi mengenalpasti punca sebenar kematian mangsa.
01:22Polis sementara itu kata beliau masih menunggu laporan berdasar siasat untuk mengetahui punca kematian mangsa.
01:28Al-Zafni berkata berdasarkan keterangan awal yang diperoleh, mangsa tidak pernah memaklumkan kepada keluarganya yang dia pernah dibuli di sekolah.
01:38Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Kesiksaan.
01:42Muhammad Idlan Farid Syahril ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di asrama sekolah sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah
01:51HTAN Kuala Pilah dan kemudian disahkan meninggal dunia.

Recommended