Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Bekas Pengarah Besar FELDA dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini, atas tuduhan memperdaya Lembaga Pengarah FELDA berhubung pemberian kuasa kepada sebuah syarikat untuk menukar hak milik 16 lot tanah milik badan berkanun itu, 12 tahun lalu.

Datuk Faizoull Ahmad, 66, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.
Transcript
00:00Bekas pengarah besar Felda hari ini dihadapkan ke Mahkamah Session Kuala Lumpur atas tuduhan memperdaya lembaga pengarah Felda berhubung pemberian
00:08kuasa kepada sebuah syarikat untuk menukar hak milik 16 lot tanah milik badan berkanun itu 12 tahun lalu.
00:15Datuk Faizul Ahmad mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Suzana Husin.
00:24Rakan Setugas Khalis Kadeh ada perinciannya dari Mahkamah Session Kuala Lumpur. Baik Khalis, silakan kongsikan.
00:35Terima kasih Rakan Setugas. Di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, tumpuan hari ini terarah kepada kes ini. Ini juga rentetan dari
00:44apa yang dilaporkan pada 2 September lalu di mana SPRM memaklumkan telah membuka 7 kertas hasatan
00:50berhubung dawaan penyelirangan salah guna kuasa dan juga rasuah membabitkan Felda serta anak syarikatnya FIC, Felda Investment Corporation Sendirian Berhad.
01:00Di mana hari ini bekas pengarah besar Felda, Datuk Faizul Ahmad didakwa atas pertuduhan memperdaya lembaga pengarah Felda berhubung penukaran
01:11membabitkan 16 geran tanah di mukim setapak 12 tahun lalu.
01:17di mana Datuk Faizul 66 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Session Kuala Lumpur selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim
01:25Suzana Husin.
01:27Dan mengikut pertuduhan, Datuk Faizul didakwa sebagai pengarah besar Felda pada ketika itu telah memperdayakan lembaga pengarah Felda
01:36iaitu dengan secara tidak jujur menyemunyikan fakta bahawa suarat kuasa wakil yang bertarikh 3 Jun 2014 memberikan kuasa kepada Syarikat
01:46Sinergi Prominent Sendirian Berhad.
01:49Ia bagi menukar hak milik tanah kepunyaan Felda yang terlibat dalam projek cadangan pembangunan lot Felda di Jalan Semarak di
01:59Kuala Lumpur membabitkan 16 geran tanah seperti yang saya maklumkan.
02:02dan atas perdayaan itu juga lah Datuk Faizul secara tidak jujur mendorong lembaga pengarah Felda untuk bersetuju dengan Power of
02:12Attorney
02:12yang mengakibatkan tanah-tanah kepunyaan Felda terbabit ditukar hak milik kepada Syarikat Sinergi Prominent KLVC Sendirian Berhad
02:23dan sedangkan lembaga pengarah Felda tidak akan berbuat begitu sekiranya tidak diperdayakan sedemikian
02:32dan kesalahan itu didakwa dilakukan di bilik mesyuarat lembaga menara Felda di Kuala Lumpur pada 2 September 2014
02:40justru tertuduh telahpun melakukan suatu kesalahan menipu yang boleh dihukum di War Seksyen 420 Kanun Kesiksaan
02:50dan hukuman bagi Seksyen berkenaan memperuntukkan pemenjaraan tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun
02:58dan dengan sebat dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.
03:02dan mahkamah membenarkan tertuduh Datuk Faizul diikat jamin RM70,000 berserta syarat tambahan
03:09paspor diserah kepada mahkamah melapor diri di pejabat SPRM sekali sebulan
03:17dan sebutan semula kes akan ditetapkan pada 6 November ini.
03:23Seperti saya katakan awal tadi pada 2 September yang lalu kita melihat kembali dalam sidang media
03:29Ketua Pesuruh Jaya SPRM Datuk Suri Abdul Halim Aman yang berkata memaklumkan penyesatan khas berskala besar
03:36dinamakan OPSFELA ini akan menumpukan kepada transaksi pelaburan, pengambil alihan aset oleh pengurusan Felda dan juga FIC
03:42dalam tempoh 10 tahun iaitu 2010 hinggalah 2020.
03:47Dan semalam juga saya di sini melaporkan bekas Ketua Pegawai Ezekutif CEO Felda Investment Corporation FIC
03:53Mohd Zaid Mohd Jalil yang didakwa atas 2 petuduhan memperdaya lembaga pengarah FIC
03:58berhubung pelantikan syarikat projek dan harga pasaran 24 lok tanah 12 tahun lalu
04:04di mana beliau mengaku tidak bersalah. Mohon dibicarakan dan itu perkembangan semalam
04:09dan ini perkembangan yang kami bawakan hari ini membabitkan kes Felda semalam FIC.
04:15Setakat itu dahulu perkembangan yang dapat saya kongsikan pada waktu ini.
04:20Kembali kepada rakan suri.

Recommended