00:00Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan terbaru di kompleks Masjid Al-Aqsa oleh lebih seribu peneroka haram Israel dan pegawai kanan
00:08rejim berkenaan dengan pelindungan tentera Israel.
00:11Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar menyifatkan tindakan itu sebagai pelanggaran serius terhadap undang-undang antarabangsa serta status quo sejarah dan
00:19perundangan yang mentadbir Baitul Muqadis Timur dan Al-Haram Al-Sharif.
00:27Menurut Wisma Putra, pencerobohan berulang kali tidak boleh dilihat sebagai satu provokasi terpencil, sebaliknya sebahagian daripada usaha berterusan untuk mengubah
00:36identiti dan ciri-ciri Masjid Al-Aqsa.
00:40Malaysia menegaskan bahawa kesucian Al-Haram Al-Sharif dan hak umat Islam untuk beribadah mesti dihormati dan dilindungi.
00:48Dalam masa sama, Malaysia menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB mengambil tindakan segera dan konkret bagi menghentikan pelanggaran
00:58yang dilakukan rejim Zionis Israel.
01:00Malaysia turut menegaskan solidariti tidak berbelah bahagi terhadap rakyat Palestine dan mengulangi sokongan terhadap penubuhan negara Palestine yang merdeka dan
01:10berdaulat dengan Baitul Muqadis Timur sebagai ibu negaranya.