Skip to playerSkip to main content
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata MediAsas dijangka akan diperluas ke seluruh negara mulai Januari 2027 selepas melalui fasa rintis, sebagai usaha menyediakan pelan perlindungan perubatan asas yang lebih mampu milik dan mampan kepada rakyat. #AgendaAWANI

Category

🗞
News
Transcript
00:00Untuk menggalakkan mereka yang mungkin ada kemampuan sikit untuk mengambil insurans atau takaful yang ada.
00:09Jadi tahun ini kita telah mula introduce MediAsas, program bersama semua syarikat insurans dan takaful negara ini
00:18untuk menyediakan plan asas yang membenarkan lebih banyak orang masuk ke dalam sistem insurans.
00:27Plan asas ini penting kerana lebih banyak orang yang masuk dalam plan asas, harga premium dia akan dikurangkan.
00:35Yang keduanya juga kerana kita desain national standardnya plan, kita boleh mengambil mekanisme untuk stabilise kenaikan premium.
00:49Jadi dari umur muda ke tua kita average down sikit.
00:53Semakin tua semakin tinggi premium.
00:54Jadi bila kita dah sampai umur dah berusia, taklah kena premium yang lebih teguk lagi lah.
00:59Jadi Dianis pun dimasukkan dalam sistem MediAsas yang ada.
01:03Kita sekarang dalam projek Rintis dan kita bermula bulan Julai itu dan insyaAllah bulan Januari tahun depan kita akan lebarkan
01:11ke seluruh negara.
01:12Yang penting pada skim itu juga, kita juga ada membenarkan di mana untuk KWSP, pengeluaran daripada akaun dua untuk penggunaan
01:26MediAsas di mana membayar premium juga akan dibenarkan.
01:30Ini ada banyak orang yang masih ada dana dan dia rasa kalau ada peluang nak pergi insurans, dia beli.

Recommended