00:00Pemimpin Korea Utara Kim Jong-un melawat kilang-kilang utama pembuatan senjata
00:06sekaligus menyerlahkan usaha berterusan Pyongyang untuk memperluas dan memodankan pengeluaran senjatanya.
00:14Gambar-gambar lawatan Jong-un itu disiarkan stesen televisyen milik kerajaan Korea Utara, KRT pada Sabtu.
00:22KRT melaporkan Jong-un yang diiringi oleh pegawai kanan parti tentera dan industri pertahanan
00:28telah meninjau operasi pengeluaran di beberapa perusahaan utama industri senjata
00:32serta memuji para pekerja kerana berjaya mencapai sasaran pengeluaran peralatan tempur.
00:38Sebahagian daripada imej yang disiarkan oleh media kerajaan itu telah dikaburkan
00:43sehingga menyembunyikan bahagian tertentu peralatan ketenteraan serta wajah para pegawai.
00:49Jong-un menyatakan artileri merupakan elemen penting bagi kedua-dua aspek pencagahan perang
00:53dan keupayaan melancarkan peperangan.
00:56Beliau juga menggesa agar industri pembuatan senjata terus diperluas.
01:01Menurut KRT, beliau turut mengarahkan usaha untuk memodemkan proses pengeluaran,
01:06menambahbaikan keadaan tempat kerja serta meningkatkan penggunaan kecerdasan buatan
01:10dalam sistem senjata ofensif dan defensif.
01:15Lawatan tersebut berlangsung dari 16 hingga 18 September menurut Agensi Berita Pusat Korea.
01:19Kerajaan
01:21Terima kasih kerana menonton!
Comments