00:00Kenaikan harga arang batu di pasaran global terus memberi tekanan kepada kos penjanaan elektrik negara.
00:07Menteri Ekonomi Dato' Sri Akman Nasrullah Mawak Nasir berkata,
00:10peningkatan harga bahan api itu memberi kesan langsung kepada kos penjanaan
00:14memandangkan arang batu kekal sebagai antara sumber utama tenaga negara.
00:19Untuk harga arang batu pula, ianya menunjukkan peningkatan yang lebih sederhana pada Ogos.
00:25daripada US$129.63 setan pada Julai kepada US$130.67 setan.
00:38Namun, pada 10 September harganya pula mencecah US$148 setan.
00:48Kenaikan ini secara langsung memberi kesan kepada kos untuk kita menjana elektrik.
00:55Secara keseluruhannya, ketiga-tiga sumber bahan api utama menunjukkan tekanan harga yang lebih tinggi pada September berbanding Ogos khususnya minyak
01:08mentah dan LNG.
01:11Katanya pasaran tenaga global masih terdedah kepada ketidaktentuan sesulan gangguan geopolitik dan cabaran dalam rantaian bekalan.
01:20Justeru kerajaan akan terus memastikan bekalan bahan api negara terjamin sehingga Disember.
01:26Dalam keadaan ini, kerajaan akan terus memastikan jaminan bekalan bahan api sehingga Disember 2026
01:35yang mana kita ambil melalui tiga pendekatan iaitu mempelbagaikan sumber import,
01:43mengoptimumkan pengeluaran bahan api domestik dan memperkukuh perjanjian bekalan jangka panjang.
01:51Strategi kepelbagaian sumber bekalan terus direpekukuh dengan mendapatkan minyak mentah dan produk petrolium daripada pelbagai rantau
02:02termasuk benua Amerika serta juga untuk kita meneroka sumber alternatif dari benua Afrika.
02:09Langkah ini bertujuan mengurangkan kebergantungan kepada mana-mana satu negara atau laluan bekalan
02:19khususnya ketika aliran perdagangan tenaga dari Asia Barat terus berdepan ketidaktentuan.
02:28Beliau berkata demikian ketika menyampaikan taklimat krisis bekalan global pada Jumaat.
02:33Terima kasih telah menonton!
Comments