Skip to playerSkip to main content
  • 25 minutes ago
Jumlah keseluruhan industri automotif Malaysia susut dua peratus tahun ke tahun kepada 71,428 unit pada Ogos 2026, namun jualan terkumpul bagi lapan bulan pertama tahun ini masih mencatat pertumbuhan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Jumlah keseluruhan industri TIV Automotif Malaysia susut 2% tahun ke tahun kepada 71,428 unit pada Ogos 2026
00:09berbanding 73,041 unit pada tempoh sama tahun lalu.
00:14Bagaimanapun, Persatuan Automotif Malaysia MAA memaklumkan TIV bagi tempoh Januari hingga Ogos
00:21meningkat 3% kepada 530,478 unit berbanding 516,862 unit dalam tempoh sama tahun lalu.
00:36Prestasi Ogos antaranya disokong jualan kenderaan utiliti sukan SUV yang mencatat paras bulanan tertinggi tahun ini
00:44dengan hampir 24,000 unit, sebahagian besarnya didorong pelancaran model baru.
00:49Permintaan terhadap trak pick-up turut bertambah baik apabila hampir 3,000 unit terjual
00:55sekaligus merekodkan paras jualan bulanan kedua tertinggi tahun ini.
00:59Mengikut segmen jualan kenderaan penumpang susut 0.4% kepada 67,058 unit
01:06manakala kenderaan perdagangan merosot 24% kepada 4,370 unit.
01:13Sementara itu jumlah pengeluaran kenderaan pada Ogos turun 7% kepada 64,549 unit
01:21merangkumi 61,242 kenderaan penumpang dan 3,307 kenderaan perdagangan.
01:29Bagi September, MAA menjangkakan jualan kenderaan akan terus mengekalkan momentum semasa.
01:37Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended