00:00Polis Sarawak menahan dua lelaki tempatan dipercayai ahli sindiket pengedaran dadah dalam dua kes berasingan di Kuching dan Limbang dan
00:07merampas dadah bernilai RM17.2 juta.
00:11Pesuruh jaya Polis Sarawak, Datuk Muhammad Zainal Abdullah berkata, dalam operasi pertama pada 11 September lalu,
00:18Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik JSJN Bukit Aman dengan kerjasama JSJN Sarawak menahan seorang lelaki berusia 39 tahun di sebuah rumah
00:28di Kuching.
00:32Serbuan itu membawa kepada rampasan 107.518 kilogram pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM12.89 juta,
00:42membabitkan 50.1 kilogram serbu MDMA, 32.3 kilogram ketamin, 25 kilogram cecai MDMA dan 0.118 kilogram pil erimin
00:555.
00:55Kita dalam serbuan ini telah menangkap seorang lelaki tempatan berumur 39 tahun di sebuah rumah yang disewa melalui ABNB di
01:09sekitar Kuching.
01:11Kita juga telah membuat ujian saringan air kencing dan didapati suspek ini positif, metamptamin ataupun AMP.
01:23Sementara itu, dalam operasi kedua pada 14 September, bahagian siasatan jenayah narkotik IPD limbang menahan seorang lelaki berusia 23 tahun
01:32di jalan mendamin.
01:34Polis merampas 84.07 kilogram dadah bernilai RM4.3 juta, terdiri daripada 81.21 kilogram syabu, 2.06 kilogram ketamin
01:46dan 0.80 kilogram serbu MDMA.
01:51Dan dalam masa yang sama, kita juga turut menyita sebuah kenderaan, pacuan empat roda yang bernilai RM35,000.
02:01Untuk kes ini, saya maka kita mendapati suspek ini tidak mempunyai rekod lampau.
02:08Dan suspek juga ditahan reman bermula daripada 15 sehingga 22 September.
02:20Keseluruhan rampasan daripada dua operasi itu berjumlah 191.588 kilogram dadah dan dianggarkan boleh menjejaskan sehingga 484,848 pengguna.
02:36Kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah berbahaya 1952 dan kedua-dua suspek kini direman tujuh hari
02:45bagi membantu siasatan.
Comments