Skip to playerSkip to main content
  • 14 minutes ago
Seramai 68,177 pekerja kehilangan pekerjaan bagi tempoh Januari hingga 16 September tahun ini, namun kerajaan menegaskan pasaran buruh negara kekal berdaya tahan dengan kadar pengangguran yang stabil pada 3.0 peratus.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seramai 68,177 pekerja. Kehilangan pekerjaan bagi tempoh Januari hingga 16 September tahun ini.
00:08Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Muhammad Nasi berkata angka itu meningkat lebih 15,000 orang berbanding tempoh sama tahun lalu.
00:17Bagaimanapun beliau menegaskan pasaran buruh negara secara keseluruhannya masih kekal berdaya tahan.
00:25Setakat Julai 2026, tenaga buruh meningkat kepada 17.37 juta orang dan penduduk bekerja kepada 16.85 juta orang.
00:38Kadar penyertaan tenaga buruh kekal pada tahap 70.9%.
00:45Manakala kadar pengangguran pula kekal 3% seperti bulan sebelumnya melibatkan 520,000 penganggur.
00:56Ini menunjukkan keadaan pasaran buruh keseluruhan masih berada pada tahap yang stabil.
01:03Namun, kita perlu sentiasa berwaspada terhadap tekanan dalam sektor tertentu.
01:09Bagi tempoh Januari hingga 16 September, jumlah kehilangan pekerjaan meningkat kepada 68,177 pekerja iaitu peningkatan 15,196 orang pekerja
01:24berbanding tempoh sama pada 2025.
Comments

Recommended