Skip to playerSkip to main content
  • 8 minutes ago
MiRRDA memberi keutamaan kepada usaha meningkatkan taraf sosioekonomi serta membasmi kemiskinan, selaras dengan aspirasi Post COVID-19 Development Strategy (PCDS) 2030 Sarawak.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Selaras pelan strategi pembangunan 2030 pasca COVID-19 PCDS 2030 Sarawak,
00:07Agensi Pembangunan Wilayah Tengah Rajang Mirda memberi keutamaan kepada usaha meningkatkan taraf sosioekonomi serta membasmi kemiskinan.
00:15Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Mirda, Bilangan 2, 2006 yang dipengerusikan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Seri Aaron Agudagang.
00:25Dalam antaran di media sosial rasminya, Aaron berkata setiap projek yang dirancang perlu memberi nilai tambah kepada masyarakat,
00:33membuka peluang ekonomi serta meningkatkan kualiti hidup rakyat.
00:37Antara projek yang dibincangkan ialah projek pembaharuan dan naik taraf gereja St. Francis Zavius.
00:43Kanowit termasuk meningkatkan kapasiti serta penyediaan ruang parkir tambahan.
00:49Mesyuarat turut memberi perhatian kepada program penskalaan usahawan yang memfokuskan pengurusan perniagaan,
00:57kemahiran digital, pembangunan produk dan peningkatan skala perniagaan.
01:02Dalam sektor pertanian dan penternakan, program pembangunan modal insan akan diperkasakan melibatkan pekebun kecil kelapa sawit,
01:10pekebun kopi laiberika serta latihan pengurusan dan penternakan haiwan.
01:19Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended