Skip to playerSkip to main content
  • 36 minutes ago
CEC DAP akan bermesyuarat esok bagi menentukan pendirian dan tindakan susulan parti berhubung keputusan tahanan rumah Datuk Seri Najib Razak.

Category

🗞
News
Transcript
00:00DAP akan mengadakan mesyuarat jawatan kuasa eksekutif pusat CEC pada Sabtu bagi memutuskan pendirian dan tindakan susulan parti berhubung keputusan
00:10tahanan rumah kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.
00:13Setiusaha agongnya Anthony Lok Siu Fook bagaimanapun berkata, DAP pada masa sama menghormati kuasa pengampunan yang dipertuan agong seperti diperuntukkan
00:24dalam Perlembagaan Persekutuan.
00:30Menerusi kenyataan pada Jumaat, Anthony memberitahu DAP terus menjunjung prinsip Raja Berperlembagaan dan Keluhuran Perlembagaan selain mempertahankan kedaulatan undang-undang
00:42serta pendirian parti menentang rasuah.
00:45Beliau turut menegaskan pendirian DAP berhubung isu 1MDB kekal termasuk dalam soal keadilan dan akauntabiliti.
00:53Dalam pada itu, Anthony berkata pandangan menteri di Jabatan Perdana Menteri, wilayah Persekutuan Hanayuh ketika menjalankan tanggungjawab sebagai anggota lembaga
01:03pengampunan adalah selaras dengan prinsip perjuangan DAP.
01:06Pada pagi Jumaat, Yang Dipertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenan pengampunan bersyarat kepada Najib untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di
01:16rumah sehingga 23 Ogos 2028.
01:21Keputusan itu tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta serta pematuhan syarat yang ditetapkan.
01:28Sekiranya mana-mana syarat tidak dipatuhi, pengampunan bersyarat itu terbatal dan Najib perlu meneruskan baki hukuman di penjara.
01:36Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended