00:00Perdana Menteri Anwar Ibrahim, bekas Ketua Pemuda UMNO Khairi Jamaluddin dan Menteri Besar Johor On Hafiz Ghazi,
00:08muncul sebagai antara tokoh paling menonjol untuk jawatan Perdana Menteri menurut kajian Vodis Research.
00:15Kajian Malaysia Prime Minister Candidate Study 2026 yang membabitkan 1,482 rakyat Malaysia mendapati,
00:23Anwar mencatat tahap penerimaan tertinggi pada 46% manakala 34% responden memilihnya sebagai pilihan utama.
00:33Menurut Vodis Research, sokongan terhadap Anwar lebih tinggi di Malaysia Timur manakala Khairi muncul sebagai alternatif utama
00:41dari segi imej peribadi dengan kepimpinan, visi jelas dan keboleh percayaan antara faktor utama sokongan.
00:49Sementara itu, sokongan terhadap On Hafiz banyak didorong keyakinan terhadap kepimpinan, keboleh percayaan dan keupayaannya memacu ekonomi.
00:58Manakala Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mukhtar mendapat penilaian tinggi dari segi integriti dan takbir urus baik.
01:06Bekas Menteri Ekonomi Rafi Ziramli pula kekal dikaitkan dengan reformasi institusi.
01:12Dengan responden yang berpandangan positif terhadapnya, turut melihat komitmen yang memerangi rasuah sebagai antara kekuatannya.
01:20Pengasas Vodis Research, Kelvin Goh berkata,
01:23penilaian orang ramai terhadap bakal pemimpin negara lebih kompleks daripada sekadar pertandingan populariti
01:29kerana seseorang tokoh yang mencatat prestasi baik dalam satu aspek tidak semestinya mendahului dalam aspek lain.
Comments