00:00Pimpinan Sayap Bersekutu Bersatu Selangor tampil mempertahankan setiausaha agung Azmin Ali.
00:06Sehari selepas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Wan Saifu Wanjan, mendakwa bekas Menteri Besar itu tidak layak memimpin.
00:13Ketua Sayap Bersekutu Selangor, Goh Gekmeng, berkata di bawah kepimpinan Azmin,
00:18Perikatan Nasional mencatat pencapaian amat memberangsangkan dengan menang 22 kerusi dan hampir menawan Selangor pada PRN yang lalu.
00:27Menurutnya, Azmin berjaya menyusun semula barisan pimpinan PN Selangor dengan wajah dan semangat baharu selepas mengambil alih jawatan daripada Abdul Rashid Asari.
00:37Justeru, Goh berkata Azmin adalah tokoh paling layak dan berkemampuan memimpin bersatu serta merealisasikan impian rakyat untuk melihat PN menerajui Selangor.
00:47Tambahnya, rakyat Selangor masih mengingati jasa Azmin semasa beliau menerajui pentadbiran negeri
00:52dengan melaksanakan inisiatif air percuma dan pengecualian cukai pintu di kawasan tertentu.
00:58Sehubungan itu, beliau menyifatkan individu mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah jelas terhadap Azmin,
01:04mempunyai agenda tersembunyi yang hanya akan menjejaskan peluang bersatu dan PN.
01:09Highly exerting FNT
Comments